CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Wanita Tanpa Kepala, Tangan Ditemukan Di Sungai

15-6-2023 11:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 711| Komen: 5

Papar: Penemuan mayat seorang wanita tanpa kepala dan kedua belah tangan menggemparkan penduduk di kawasan Kampung Sapat di sini, hari ini.

Pihak polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam menerusi panggilan telefon berhubung kejadian terbabit.


Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan tersangkut pada ranting pokok kayu di tepi sungai berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Mayat wanita tanpa kepala dan tangan dibawa naik ke darat oleh sepasukan anggota bomba di Sungai Kampung Sapat, Papar, hari ini.

“Pasukan bomba kemudian dihubungi bagi mendapatkan bantuan untuk membawa naik mayat berkenaan ke darat.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu adalah seorang wanita yang dalam keadaan tidak berbaju,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, mayat juga didapati dalam keadaan yang tidak sempurna iaitu bahagian kepala dan kedua belah tangan telah tiada.

Tambah Kamaruddin, hanya kaki kanan sahaja yang tinggal iaitu bahagian paha ke paras lutut.

“Setakat ini punca kematian wanita itu belum dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat itu dijangka berusia antara 30 ke 40 tahun dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira satu minggu lalu.

Sehubungan itu, Kamaruddin meminta orang ramai diminta tampil ke Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Papar jika ada ahli keluarga, jiran atau rakan yang hilang atau tidak balik ke rumah untuk tujuan pengecaman mayat berkenaan.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Papar untuk tindakan lanjut dan sekiranya ada maklumat berkaitan waris mayat ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahid di talian 0142030071,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 16-6-2023 01:30 AM
mangsa pengait
Quote dudaberhias 16-6-2023 01:35 AM
angkara buaya kah?
Quote Mulotkoyak 16-6-2023 08:27 AM
Pembaca berita yg hilang tu ke
Quote whimsicalmusic 16-6-2023 08:51 AM
dudaberhias: angkara buaya kah?


iolls pn rasa buaya
Quote Buritan 16-6-2023 09:30 AM
Aku nak Komen tp malaslaa.. Kang Ade yg baik ckp tak baikkk.. aku tak kutuk mangsa tp aku nak kutuk org lain.. it's something like semoga semoga mcm sikurek jgk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.031417 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top