CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

90 Pekerja Asing Ditahan, Tapak Pembinaan Disita

15-6-2023 11:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 559| Komen: 2

Kuala Lumpur: Tapak pembinaan di Taman Mutiara Barat, Cheras di sini, dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu, hari ini.


Bukan itu saja, tapak pembinaan berkenaan turut didapati kotor, manakala 90 pekerja warga asing ditahan.

Operasi kira-kira 12 tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).

Penguat kuasa DBKL menyita tapak pembinaan di Cheras kerana melakukan pelbagai kesalahan. FOTO Ihsan DBKL

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan tapak pembinaan bagi menentukan tahap kebersihan, keselamatan dan peraturan ditetapkan dipatuhi.


"DBKL kemudian memberhentikan aktiviti pembinaan dengan membuat penutupan tapak pembinaan mengikut Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya.

DBKL turut menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan berat, permit mengangkut bahan dan struktur bangunan.

Dalam operasi itu, JIM juga menahan 90 pekerja pembinaan membabitkan 64 warga Bangladesh; India (14) dan masing-masing enam warga Myanmar serta Pakistan untuk pemeriksaan.

Menurut DBKL, operasi bersepadu itu akan diteruskan mengikut kawasan parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 15-6-2023 11:12 PM
90 orang aje. Sebenarnya lebih dari itu. Mata kami dah lama jd saksi.
Quote matamata 15-6-2023 11:19 PM
Taktik tanak bayar gajilah tu...kalau "makan minum" cukup takdanya nak kena serbu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.038297 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top