CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Keluar Rumah Merajuk Ditegur Guna Vape Ditemui Selamat

15-6-2023 11:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 805| Komen: 4

Johor Bahru: "Alhamdulillah, kedua-dua anak gadis saya ditemukan dalam keadaan selamat dan sihat," kata wanita warga Pakistan, Aakash Sultan Parvez, 43.

Aakash berkata, kedua-dua anak gadisnya, Seher Ismail, 16 dan Meher, 15, yang menghilangkan diri pada 24 Mei lalu, di Danga Bay di sini, ditemui di Melaka semalam, sebelum dibawa balik ke Johor, hari ini.


Aakash menunjukkan gambar anak sulung, Seher Ismail dan Meher Ismail yang menghilangkan diri sejak 24 Mei 2023. FOTO Mary Victoria Dass

Menurutnya, dalam tempoh menghilangkan diri akibat merajuk ditegur menggunakan vape, mereka pernah berhasrat untuk pulang ke rumah namun bimbang penerimaan ahli keluarga.

"Saya bersyukur kerana kami sudah berdamai dan saling bermaafan, sebagai ibu saya bimbang keselamatan mereka kerana tidak biasa hidup di sini.


"Saya umpama bernyawa semula selepas dimaklum mereka ditemukan dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis menemukan kedua-dua remaja perempuan itu di sebuah pusat beli belah di Melaka.

"Mereka didapati dalam keadaan sihat dan baik," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-6-2023 11:08 PM
Sayangilah paru2mu dik oi.


Quote prettyuglybabe 15-6-2023 11:13 PM
duduk Malaysia ada permit tak tu
Quote kepompong 15-6-2023 11:26 PM
nama pun seher-meher…
Quote Sazreena 16-6-2023 10:02 AM
Muka lawo..nasib tak kena jual atau dirowgoal.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.210072 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top