CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengikut Ajaran Sesat Ditahan JAIM

15-6-2023 10:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 336| Komen: 2

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mematahkan hasrat seorang lelaki disyaki pengikut ajaran sesat Suhaini Bin Mohammad atau 'Si Hulk' untuk menemui pengasasnya di New Zealand (NZ) selepas dia dicekup di rumahnya di Jasin, Ahad lalu.


Menurutnya, penahanan dibuat hasil siasatan berterusan JAIM terhadap kumpulan itu selepas video dua lelaki Islam mengatakan Nabi Muhammad SAW adalah Allah tular di media sosial pada 20 Mac lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama isteri dan tiga anaknya pada 8.30 malam dan pihaknya turut merampas risalah ajaran sesat itu.

Rahmad (tengah) mengesahkan JAIM menahan seorang pengikut ajaran sesat Si Hulk di Jasin, Ahad lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

"Dalam soal siasat, lelaki itu mengaku sepatutnya berangkat ke NZ bersama isteri dan tiga anaknya pada Selasa lalu untuk bersama pengasas ajaran sesat dan ahli kumpulan yang sudah berada di sana.


"Malah, dia juga sanggup berhenti kerja untuk berhijrah dan mencari pekerjaan baharu di negara berkenaan.

"Sebaik tular video berkenaan JAIM membuka kertas siasatan terhadap kumpulan ini dan maklumat diterima, akan ada lagi individu dari negeri lain berhijrah ke sana (NZ)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat JAIM di MITC, di sini, hari ini.

Rahmad berkata, penahanan itu menunjukkan bahawa ajaran sesat itu masih ada pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata bersama pengasas yang juga pengusaha minuman kesihatan.

Katanya, siasatan turut mendapati ajaran Si Hulk bermula tahun lalu dengan pengikut di Melaka dianggarkan antara 10 hingga 20 orang.

"Kumpulan ini tiada markas khusus dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain kerana sukar menyebarkan ajarannya selepas difatwakan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam, 30 Mei lalu," katanya.

Beliau menyeru orang ramai supaya segera berhenti daripada mengikuti ajaran sesat itu dan merujuk JAIM jika terdapat kekeliruan.

Katanya, umat Islam yang terbabit penyebaran ajaran sesat boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-6-2023 09:59 AM
Muka selenga macam ni pun orang boleh percaya eh...jual benda yang bukan-bukan pulak tu...

Quote juboqhang 16-6-2023 11:48 AM
P A S ???

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.230243 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top