CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Afiq Muiz Disahkan Hidap Kanser Payudara

15-6-2023 10:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 830| Komen: 3

Berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang masih belum menemui titik noktah, pelakon Afiq Muiz juga berdepan dengan dugaan apabila ibunya, Hasliza Mohd, 58, disahkan menghidap kanser payudara.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31 bagaimanapun menjadikan segala ujian yang datang itu sebagai kekuatan buat untuk meneruskan kehidupan sekali gus menjaga ibunya dengan baik.


Kata Afiq, ibunya selamat menjalani pembedahan tiga minggu lalu dan dia bertanggungjawab menjaga ibunya apatah lagi selepas kematian abangnya.

"Apa yang berlaku ini adalah kekuatan buat saya. Ini adalah sebahagian dari kehidupan. Kita kena harungi ujian ini.

"Saya tidak pernah anggap ia sebagai satu kegagalan dalam hidup. Saya harap ini adalah jalan terbaik buat saya," katanya kepada pemberita.

Afiq ditemui ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari pada petang Khamis bagi prosiding kes tuntutan fasakh yang difailkan isterinya, Pachara Apin pada Khamis.


Tambah Afiq dia kini tidak mengambil sebarang tawaran berlakon kerana sibuk menguruskan ibu di rumah selain perlu memberi fokus menjaga anak saudara yang masih kecil.


"Setakat ini saya tidak mengambil sebarang tawaran kerja kerana sibuk menjaga ibu di rumah. Walaupun hampir sebulan menjalani pembedahan dia masih belum sihat.

"Saya juga ada tanggungjawab menjaga anak kepada arwah abang saya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang kemelut rumah tangga yang masih berpanjangan, Afiq memberitahu dia sedia menceraikan Pachara sekiranya wanita itu memenuhi permintaannya.

"Saya akan lepaskan dia. Tapi kenalah ikut tuntutan dan ada pembelaan terhadap saya.

"Dakwaan mengatakan dia dipukul adalah tidak benar. Jadi saya minta dia beritahu saya tidak bersalah. Dia tidak mahu berbuat demikian jadi saya teruskan dengan memfailkan nusyuz.

"Saya lihat dia kini lebih mendekati Islam, namun hati saya sudah terluka," jelasnya.


Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Pachara sebelum ini pernah mendedahkan menjadi mangsa dera Afiq ketika mereka masih tinggal bersama menerusi satu perkongsian di laman Facebook pada 30 November 2022.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merahrose 15-6-2023 10:49 PM
kenapa anak sndri xnk jga ke xbg menantu cerai...nk kata menantu hantu mmg dh dicop cmtu...nsib xda anak lg
Quote matjerk 16-6-2023 02:18 AM
SSKJP kan dia?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031118 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top