Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina memaklumkan sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya dikenali sebagai Essam Muhammad. Pemilik nama sebenar, Shazrina Azman berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Wanita berusia 43 tahun itu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dalam sebuah majlis pernikahan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh sanak keluarga dan sahabat terdekat. "Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua. "Ini adalah pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku ke-2 tahun 2023, kepada suami tercinta, Essam Muhammad. Penyanyi itu turut memuat naik foto bersama Essam yang berpakaian serba putih dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.
Tambahnya, dia cukup teruja dikurniakan lelaki yang berkongsi matlamat sama dalam usaha berdakwah. “Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis eposid baru dalam hidup kami dengan cukup indah. “Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru ini,” ujarnya.
|
mimi_ayu replied at 15-6-2023 09:47 PM
Tahniah MN dan suami...moga krkal hingga akhir hayat..
Ternyata gosip di forum slalunya benar..
mimi_ayu replied at 15-6-2023 09:47 PM
Tahniah MN dan suami...moga krkal hingga akhir hayat..
Ternyata gosip di forum slalunya benar..
kakakpositifker replied at 15-6-2023 09:50 PM
Kenapa sis? Saya tertinggal train as usual
becir replied at 15-6-2023 09:55 PM
Alahai kenapa la kawen ngan arab nina oi..moga mamat ni melayan elok la
ADVERTISEMENT