CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Berang Muka Anak Usia 10 Bulan Luka Dan Calar Balar Lepas Balik Dari Taska

15-6-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1332| Komen: 11

MELBOURNE, Australia –Seorang ibu dari Australia mendapati wajah bayinya yang berusia 10 minggu dipenuhi dengan kesan luka calar selepas pulang dari sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska),

Daily Star melaporkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rachel, berkongsi gambar kecederaan anaknya, Noah dan mendapati terdapat lebih 20 kesan calar di mukanya.

Wanita itu memberitahu saluran berita tempatan bahawa dia meninggalkan Noah di pusat jagaan kanak-kanak Only About Children, di mana kakitangan memberitahunya bahawa bayi tersebut telah dicakar oleh kanak-kanak lain.

Foto: Daily Star

Dalam temu bual dengan 9News, dia mendakap Noah dalam pelukannya dan menunjukkan tanda merah serta calar di pipi dan dahi bayi itu.

“Ia adalah perkara mengerikan yang boleh berlaku kepada anak lelaki kami. Kejadian ini tidak dapat diterima. Mereka (pihak pengurusan pusat asuhan) memberitahu bahawa perkara itu berlaku secara tidak sengaja tetapi kami tidak boleh menerima penjelasan tersebut.


“Lebih 20 calar di muka Noah, bagaimana ini boleh berlaku secara tidak sengaja?” solanya.

Taska itu kemudian mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu untuk menjawab kejadian itu dengan berkata: “Selepas kejadian itu dan semasa dalam pemulihan, Noah dijangka pulih sepenuhnya dan kami terus menawarkan penjagaan serta sokongan kewangan.”

Jurucakap tersebut turut mengesahkan kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 15-6-2023 08:31 PM
kesiannya..teruk calar tu..
Quote airmineral 15-6-2023 08:54 PM
kesiannya
ada budak lain kitai baby tu ke
Quote Carcosa 15-6-2023 09:04 PM
Edited by Carcosa at 15-6-2023 09:07 PM

Lebih 20 kesan cakaran? Takkan budak yg mencako tu sekali 20 cakar at 1 go, kan? Bukan budak tu ada jari tangan 20. Or takkan dia buat sekali jalan dgn jari kaki? Tak, kan?
Means, pelaku buat berkali2 lah. Most probably one by one, dlm masa yg sama, smp jadi 20. Then yg penjaga kat sekolah tu lepas masuk kerja, mampos beramai2 ke apa? Tak dengar Baby tu nangis? Ke baby tu syok Happy suruh dicako lagi? Eikhhhhh geramnyaaa aku. Harap saman la tmpt tu. Dia ingat dia bayar bill spital, dah cukup?
Quote margo20 15-6-2023 09:10 PM
Anak aku yg tercakar muka dia sendiri pun parut tak hilang lg
Quote rosedemon 16-6-2023 09:33 AM
kalau aku mmg mngamuk dtg taska tu
Quote Tinot7 16-6-2023 09:48 AM
Mcm kena cakar dgn binatang jahh.. ka setan?
Quote noor2 16-6-2023 10:01 AM
Oh my...ni dah teruk sangat...ingatkan 1 garish kecil je....nampak sangat pekerja taska x jaga baby ni..
Quote esbok 16-6-2023 10:27 AM
aduh. sakit sangat ni, aku plak rasa nak tolong cakar balik kat yang buat dgn pak nya dgn cikgu nya dengan ah tempat tu aku cakarkan. pity you baby
Quote xtravaganza 16-6-2023 10:31 AM
Siannya baby ni…[em:7:]
Quote intan244 16-6-2023 11:22 AM
siannya baby
dh la baru 2 bulan.
Quote sailormars 16-6-2023 01:27 PM
sekali imbas tngok kesan cakaran tu, kaka ingat kena cakau dengan kucing...sian betul kat baby nie...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.030750 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top