CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pachara Apin Gelak Besar Dituduh Curang "Mak Kata Kalau Maafkan Afiq Sekali Lagi, Jangan Panggil Dia Mak"

15-6-2023 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1296| Komen: 6

“Saya ada ramai kawan dan dakwaan curang salah," kata isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin bagi dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya.

Rentetan daripada dakwaan tersebut, Afiq turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan bakal dibicarakan pada 4 Julai depan.


Katanya, semua tohmahan yang dilemparkan Afiq kepadanya adalah tidak benar.

Foto: Kosmo

“Terus-terang saya rasa nak gelak dengan dakwaan itu.

“Saya terkejut dengan dakwaan itu. Saya ada ramai kawan dan dakwaan ada lelaki lain tidak betul,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, dia juga mengakui trauma dan tidak akan sesekali kembali dalam perkahwinan bersama Afiq.

“Kalau kata saya maafkan dia sekali lagi, ibaratnya bunuh diri sendiri.

“Mak saya kata kalau maafkan Afiq sekali lagi, jangan panggil dia sebagai mak lagi,” ujarnya.


Dalam pada itu, harapannya masih sama seperti sebelum ini iaitu meminta Afiq melepaskannya dengan segera.

“Tolong cepat lepaskan saya.

“Kalau nak bina hidup baru sebagai lelaki lebih baik, saya boleh sedekahkan doa, berubah dan jangan lakukan perkara tidak sepatutnya terhadap isteri baru,” ujarnya.

Hari ini, Afiq memberitahu, dia sudah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Pachara atas dakwaan isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini menetapkan 13 Julai sebagai tarikh sebutan baharu bagi prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh pasangan tersebut.

Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum Syarak.

Antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.

Pada 6 April lalu, Pachara menyifatkan suaminya sengaja melengah-lengahkan proses permohonan cerai secara fasakh yang dituntutnya selepas mendakwa tidak menerima sebarang notis awal berhubung perkara tersebut.

Sementara Afiq tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media ketika ditemui di mahkamah.

Sebelum ini, Pachara dalam satu pendedahannya memberitahu Afiq pernah mengasarinya sehingga mengakibatkan kaki serta jarinya patah.

Kenyataan tersebut kemudiannya meraih komen balas adik Afiq iaitu pelakon, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara membuat kenyataan palsu dalam media sosial.

Tidak menunggu lama, Afiq kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dengkil pada 30 November tahun lalu bagi membersihkan nama selepas mendakwa difitnah.

Pada 27 Mac 2019, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 15-6-2023 06:47 PM
datin ina senyum sinis kot baca ni..si afiq tu mmg problema ke
Quote Ahriman 15-6-2023 06:56 PM
edayildiz replied at 15-6-2023 06:47 PM
datin ina senyum sinis kot baca ni..si afiq tu mmg problema ke

Satu keluarga depa problematic..dri mak sampai ke adek pompuan dia..
Quote justagurl 15-6-2023 07:22 PM
Ahriman replied at 15-6-2023 06:56 PM
Satu keluarga depa problematic..dri mak sampai ke adek pompuan dia..

betul betul betul
Quote prince_marhaen 16-6-2023 09:35 AM
Dulu masa mula-mula muncul MV Najwa Anak Muhyiddin lagu "Got To Go" hemsem betul....laris di mana-mana... pastu dapat berlakon, jadi artis,...nampak baik je... start kes Tin Ina, rupa-rupanya sooooooo red flag satu family... jenis pembuli punya family.. dah la kau tarik pompuan ni masuk Islam sebab nak kawin, lepas tu biar macam tu je... ahli keluarga pulak jenis mulut capoi....takottttttt ye!
Quote rosedemon 16-6-2023 09:44 AM
yela pacaharaaa ko jela terpaling teraniaya
Quote akuMNdia 16-6-2023 10:32 AM
dah sama2 tak suka ko lepaskan la bini ko tu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.030372 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top