CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Tolong Jejak Identiti Suami Orang Nak Pinjam Leona Satu Malam, Siap Jumpa Salinan IC

15-6-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4012| Komen: 27

Tindakan biadab seorang lelaki yang meminta unruk 'meminjam' anak perempuannya Kasih Iris Leona untuk sehari mengundang kemarahan Azhar Sulaiman.

Kesal dengan tindakan kurang ajar lelaki itu, Azhar, 51, bertindak memuat naik komen dan gambar individu tersebut di Facebook dan meminta dia bertemu dengannya.


Foto: mStar

"Papa, pinjam Leona semalam," tulis lelaki berkenaan.

"Nak gaduh dengan saya ke bro? Moh jumpa," tulis Azhar menerusi kapsyen di Facebook miliknya.

Susulan pendedahan tersebut, warganet turut meluahkan rasa bengang terhadap lelaki itu yang disifatkan tidak beradab apatah lagi dia dipercayai sudah mendirikan rumah tangga.

Ramai meminta Azhar agar mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mudah meninggalkan komen berbaur lucah tanpa rasa malu.

Malah ada dalam kalangan mereka berjaya mendapatkan salinan kad pengenalan lelaki tersebut dan kemudian diberikan kepada Azhar untuk tindakan lanjut.


Bagaimanapun, Azhar dalam komennya pada hantaran tersebut tidak mahu mengambil tindakan lanjut terhadap si pelaku memandangkan dia sendiri sudah mendapat malu selepas semua media sosial miliknya lesap.

Azhar berkata, dia tidak perlu menyaman lelaki itu kerana seseorang akan memberi pengajaran suatu hari nanti.

"Saya tak perlu saman dia, seseorang akan tampar dia nanti. Keluarga Leona sangat besar kaum kerabat dia.

"Terima kasih kepada peminat yang bagi saya kad pengenalan (IC) lelaki ini tanpa diminta. Kuasa rangkaian dan persahabatan," luahnya. -CARI

Sumber:mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-6-2023 06:31 PM
Elok la londehkan jah...
Dah berbini dah pun, ni mesti spesis suka makan luar...

Dah la rhoper pun macam gampunk...
Nak pinjam yang cantik2 jah...

Enot dan sherry al hadad tu single ko tak nak pinjam pulak... Choi!!!
Nek mah pun single tau. Laki je kat penjara. Tapi sheols masih vogue yach!
Rambut pun masih berkepuk2 dek hasil buat rambut dalam periuk noxxa terbalik...

Quote MikeSin 15-6-2023 06:34 PM
Disclaimer: aku tak suppot leona punya keseksian


DIA MENYEKSI BUKAN LESEN UNTUK KO MENGINZALLLLL
Quote kotakominami 15-6-2023 06:39 PM
Harapnye jantan tu takde anak pompuan lah...takut plak aku kalau duk serumah ngan jantan mcm nih....
Quote royaldanish 15-6-2023 06:43 PM
ayuhhhh mana gambar nya
Quote timah03 15-6-2023 07:12 PM
dudaberhias replied at 15-6-2023 06:31 PM
Elok la londehkan jah...
Dah berbini dah pun, ni mesti spesis suka makan luar...


Sebab apply pinjam je boleh kak dud...tu pun kena reject...
Nak milik terus tak mampu bajet kewangan nya...
Quote airmineral 15-6-2023 09:00 PM
MikeSin: Disclaimer: aku tak suppot leo ...



betul
2 2 pun salah sbnrnya
Quote hudalarva 15-6-2023 11:36 PM
jantan mcm ni berterabur kat facebook... cuma yg ini caught red handed sbb kacau anak selebetriti... lelaki yg lower their gaze takkan kacau leona... yg kacau cuma jantan2 kepam takde pedoman mcm mamat ni je... well, ibarat lalat hurung taik gitcheww
Quote Zazama 15-6-2023 11:41 PM
Bila kamu terlalu meng-exposed-kan diri, haruslah bersedia terima impaknya. Impak baik atau tidak semuanya bermula dari mana?
Quote marchikobonzo 16-6-2023 09:36 AM
Nauzubillah keturunan aku ada jantan haprak macam ni
Quote rosedemon 16-6-2023 09:44 AM
msti laki tu gadoh dgn binik dia kaw kaw hahahahaha
Quote kamexkame 16-6-2023 10:05 AM
Padan muka laki tu. Kesian ke bini.
Quote xtravaganza 16-6-2023 10:09 AM
MikeSin replied at 15-6-2023 06:34 PM
Disclaimer: aku tak suppot leona punya keseksian



Couldn’t agree more. Sian bini mamat tu..Suami pnya psl, bini pon malu skali..
Quote missHaidiD 16-6-2023 10:12 AM
Mesti yg kasi salinan ic tu hr tmpt laki tu keja

Tak pun kt salesman jual keta sb dia kansel beli lepas loan lepas
Quote _kelly 16-6-2023 10:14 AM
malangnya bini dapat spesis jantan ni
dah la gundu
Quote pocongkiutss 16-6-2023 10:18 AM
Seram kalau jantan mcm ni ada anak perempuan remaja kan.. Nauzubillah
Quote TerataiMelur02 16-6-2023 10:44 AM
Jemput la tepek muka jantan itu.
Mesti tak handsome dan sengkek
Quote guesswho09 16-6-2023 10:49 AM
Dasar jantan low class
hina leona
at the same time hina diri sendiri
yg menyokong jantan ni pun
sama je hina

Quote Hoola 16-6-2023 11:08 AM
moga leona dan kluarga mereka amik IKTIBARLAHHHH
fmily korg tu bkn calang2 semua org kenal golongan terhormat yr grandpa...(also mami azhar pun also mention kt atas tu kan )
so pndai2la bw diri dek non oiiiiiiiiii dont tarnish the image of yr well respected familyyyykami rkyat marhaen plak yg kena nasihatttttttt


Quote TomyamPuteh 16-6-2023 11:19 AM
Kalau tak seksi benda ni pun tak akan jadi. Simple je.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top