Bakat seni generasi Gen Z yang menyertai #McDDoDaDip Finger Dance Challenge dikagumi rapper terkenal, Alyph yang menjadi juri untuk pertandingan paling gempak itu. Kata Alyph, tahap kreativiti semua peserta melampaui jangkaannya dan berharap McDonald’s dapat meneruskan kempen sebegitu lagi.
“Saya amat kagum dengan video-video penyertaan #McDDoDaDip Finger Dance Challenge ini. Video-video yang dihasilkan amat luar biasa, dari segi pengeditannya, kreativitinya, dan kualitinya. “Sebagai juri, ada beberapa video yang saya sendiri pilih sebagai pemenang utama kerana tahap kreativitinya melampaui jangkaan saya, dan saya harap McDonald's meneruskan kempen-kempen yang hebat seperti ini supaya Gen Z mempunyai ruang untuk menonjolkan kreativiti mereka,” katanya kepada Gempak. Alyhp ditemui selepas acara #McDDoDaDip After Party berlangsung di McDonalds Pantai Sentral, Bukti Kerinchi Selangor petang semalam.
Di acara berkenaan pemenang #McDDoDaDip Finger Dance Challenge diumumkan serta diraikan dengan penyerahan hadiah Hoodie ekskulsif daripada McDonalnd. Bagi kempen #McDDoDaDip ini, lagu popular Swipe nyanyian Alyph telah menjadi lagu tema. Alyph yang merupakan anak kelahiran Singapura itu memberitahu ia pengalaman yang menarik apabila dapat berkolaborasi McDonald’s dalam Kempen #McDDoDaDip. “Saya berasa sangat tertarik apabila McDonald's tampil dengan cadangan kolaborasi. Kempen #McDDoDaDip sangat dekat dengan gaya saya sebagai penggiat seni dan saya juga merupakan seorang peminat Chicken McNuggets. “Melalui kolaborasi ini, saya dapat menyaksikan bakat-bakat yang terpendam di kalangan komuniti Gen Z yang luar biasa. Saya tidak pernah mengira bahawa kempen hanya sekitar Chicken McNuggets dapat menjadi trend yang begitu popular dan mendapatkan sambutan hangat dari komuniti Gen Z,” kongsinya. Tambah Alyph lagi, menerusi kempen #McDDoDaDip secara tidak langsunga dapat mendekatkan lagi karya-karyanya dengan golongan Gen Z. “Alhamdulillah, karya-karya saya sentiasa mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan Gen Z. Mereka sebenarnya suka apabila karya-karya ini boleh diterjemahkan kepada trend yang menarik dan itulah yang McDonald’s Malaysia berjaya lakukan. “Kempen #McDDoDaDip ini sebenarnya berjaya menambat hati Gen Z, bukan sebab ia sekadar cabaran yang trendy, tetapi mereka juga boleh menikmati hidangan Chicken McNuggets sambil memenangi hadiah-hadiah yang menarik,” ujarnya.
|
ADVERTISEMENT