"Kereta ada di rumah, okay sahaja. Memang itu kereta saya, tapi dah okay dah." Ringkas jawapan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai insiden kereta yang didakwa miliknya rosak dan berasap di tepi jalan.
Kisah mengenai kereta berjenama Lamborghini berasap itu mula tular di media sosial menerusi video pendek yang dikongsikan netizen. Syamsul bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan terus beredar untuk pulang dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas melafazkan talak satu buat kali kedua kepada bekas isteri, Puteri Sarah Liyana. Terdahulu, beredar video memaparkan kereta berwarna kuning keemasan itu dalam keadaan berasap dan tersadai di tepi jalan.
Sumber: Harian Metro |
Thunderclouds: Bidio mana bidio?
ADVERTISEMENT