CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mat Sentol Dah Uzur, Terbaring Di Katil

15-6-2023 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1544| Komen: 19

Anak pelawak veteran, Mat Sentol iaitu Roslee Rashid, 61 menyatakan, "Keadaan bapa saya sekarang makin uzur dan terbaring di katil kerana usianya pun sudah 90 tahun. Dia tiada kekuatan untuk bangun dan berjalan lagi. Tapi, bercakap dan makan, Alhamdulillah masih sangat berselera."


Katanya Mat Sentol sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital di Johor akibat demam panas dan rawatan lanjutan untuk pemulihan sakit tua pada penghujung tahun lalu selama 11 hari.

Sentol, Roslee. Foto: Harian Metro

"Bapa saya ketika ini memang tak boleh bangun dan terbaring di katil. Tapi, dia masih boleh bercakap dan duduk lagi. Itu pun saya kena angkat dan dudukkan dia atas kerusi roda bergerak hasil sumbangan daripada pihak Baitulmal.

"Syukur Alhamdulillah, walaupun sekarang saya tidak bekerja kerana memberi fokus pada penjagaan bapa di rumah sepenuh masa, rezeki kami tetap ada. Bapa dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.


"Manakala, barangan keperluan kesihatannya seperti katil, susu formula, vitamin, lampin pakai buang dan sebagainya diperoleh daripada Baitulmal. Jadi, saya fikir apa yang diperoleh itu sudah cukup untuk kami berdua terutama keperluan bapa saya," katanya kepada Harian Metro.

Roslee juga anak kedua daripada lima beradik berkata, masih menjadi rutinnya setiap hari akan membawa bapa tersayang keluar berjalan-jalan dari jam 3 petang atau 4 petang sehingga hampir waktu Maghrib baru mereka pulang ke rumah.

"Bapa saya ini memang suka berjalan-jalan. Jadi, tiap-tiap hari saya akan bawa dia keluar sebab tak mahu juga dia hanya terbaring atas katil saja. Lagi pula, saya sudah biasa melayannya dan bawa dia keluar bersiar-siar selalu.

"Mohon doakan baik-baik buatnya. Sebagai anak, saya bersama adik-beradik lain akan terus memberi yang terbaik buat bapa kami," katanya.

Roslee berkata, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebelum ini juga sentiasa bertanya khabar dan ambil peduli mengenai kesihatan bapanya, termasuk menghulur bantuan.

Terdahulu, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahaya cukup dikenali sebagai pelawak dan pelakon sejak era 1950-an. Beliau seangkatan dengan Allahyarham Wahid Satay juga rakan baiknya.

Ketika aktif berlakon, Mat Sentol yang kini menetap di Larkin, Johor pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic.

Tidak hanya itu, seniman berkaliber tanah air ini juga turut aktif menyumbangkan suaranya dalam penyiaran iklan televisyen dan radio seperti Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 15-6-2023 05:35 PM
masyaallah, panjang umo beliau. 90 tahun tu

Quote newyork 15-6-2023 05:36 PM
Tora dtg lagi..semoga yg baik2 aja
Quote 3chanceno 15-6-2023 05:41 PM
Syukur anak masih ada peluang berbakti pada ayah...semuga Mat Sentul & famili tabah menghadapi ujian ini.
Quote stingergrumpy 15-6-2023 05:53 PM
Semoga dikurniakhen syifa dan dilapangkhen serta dipermudahkheun segala urusan olehNYA ..In Syaa Allah...
Ameen...
[youtube]GT0JHL1Gtb0[/youtube]
Quote Supersirap 15-6-2023 05:56 PM
Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan seharian, pelakon legend ni
Quote bintangct 15-6-2023 10:18 PM
90 masih muda dr tun m & tun hasmah.. tp suami isteri tu masih kuat berjalan ye Org lain susah nk tgk sesihat mereka
Quote lolen 15-6-2023 10:25 PM
Bagus anak dia..x meratib mintak derma sumbangsih bagai..siap cakap mencukupi dah.. x macam stgh artis lain
Quote rayray28 15-6-2023 10:54 PM
lolen replied at 15-6-2023 10:25 PM
Bagus anak dia..x meratib mintak derma sumbangsih bagai..siap cakap mencukupi dah.. x macam stgh art ...

Itulaa kan siap mencukupi tu..rata2 org sebelum ni mmg meratib x cukup..panjang umur dia ni and xde laa sakit yg teruk sgt..takat sakit tua cmtu laa..hidup bersederhana laa anaknya ni..atau sebelum ni pn jenis menyimpan kot
Quote timah03 15-6-2023 10:59 PM
Siapa2 yg artis lama tu pergi la melawat...
Nanti kang orang tu dah tak ada... Tertiba pula keluar cerita tak sempat melawat la... Terkilan tak jumpa la...
Quote dudaberhias 15-6-2023 11:52 PM
dah tua dah ye... semoga sihat2 saja dan di permudahkan urusan mejaga...
Quote Sekaisilver 16-6-2023 12:51 AM
Semoga dipanjangkan usia & diberi kesihatan yg baik ye
Quote rosedemon 16-6-2023 09:42 AM
mnunggu masa jeee
Quote pembacagosip 16-6-2023 09:43 AM
lolen replied at 15-6-2023 10:25 PM
Bagus anak dia..x meratib mintak derma sumbangsih bagai..siap cakap mencukupi dah.. x macam stgh art ...

kan bagus betul mmg bhemah org nya
Quote pembacagosip 16-6-2023 09:43 AM
bawaku_terbang replied at 15-6-2023 11:47 PM
patut lama tak nampak kat larkin

masa i praktikal kat plaza larkin selalu nampak cik mat sentul ni
kira hati2 juga la dia jalan2 kat larkin tu

Quote ezacbee 16-6-2023 09:58 AM
Kecik2 suka tengok aksi mat yoyo ch singapore.

Masa sihat rajin dia round larkin.
Quote MikeSin 16-6-2023 10:02 AM
lolen replied at 15-6-2023 10:25 PM
Bagus anak dia..x meratib mintak derma sumbangsih bagai..siap cakap mencukupi dah.. x macam stgh art ...

ada artis job lebat pun bila sakit tetap minta derma
how???
Quote msxx 16-6-2023 10:11 AM
Semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan segalanya untuk Pak Mat & keluarga. Jaga orang tua ni Allah kirimkan rezeki dlm pelbagai bentuk & cara
Quote reenz013 16-6-2023 10:32 AM
semoga dikurniakan kesihatan yg baik

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038198 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top