CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Dowana Berang Selalu Dikutuk Gemuk

15-6-2023 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2645| Komen: 24

Gara-gara memiliki bentuk tubuh berisi, Bella Dowanna mendedahkan sering menjadi mangsa sindiran fizikal (body shaming) daripada netizen. 

Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, memberitahu sejak dahulu lagi bentuk badannya sering dijadikan bahan jenaka.


Foto: IG

"Sebenarnya saya jenis tak kisah apabila orang hendak bercakap mengenai fizikal saya. Namun, bila benda yang mereka cakap itu macam sudah terlebih sangat, membuatkan saya memberikan reaksi.

"Sejujurnya saya tidak kisah kerana tak baca komen, tak nak buka benda-benda tu sebab tidak mahu sakitkan hati sendiri tapi kadang-kadang ada yang kita terbaca dan ada yang orang hantar pada kita.



"Benda itu 'trigger' kemarahan itu yang membuatkan saya membalas dalam keadaan marah. Jadi, itu yang keluar perkataan seperti di Twitter," katanya.

Bagi Bella, perkara seperti ini tidak harus dijadikan gurauan dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak beradab.


Malah, Bella berpendapat segelintir pihak yang berfikiran cetek itu yang seharusnya menukar mentaliti sebelum mengeluarkan kata-kata negatif.

"Kepada orang yang cakap jangan pakai baju-baju macam tu, saya rasa itu bukan masalah kita sebenarnya.



"Masalah itu pada anda yang kenapa hendak mempertikaikan apa yang orang hendak pakai.

"Cuba letakkan dalam kepala, ini adalah tubuh badan kamu, jadi terpulanglah hendak pakai apa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 15-6-2023 02:55 PM
Cantiknya ko ni dik
Quote SenahMontanah 15-6-2023 03:02 PM
gemuk kalau comel xde masalah pon dikkk.. yg harus dikecam yg mcm si norreen tak sedar diri tu
Quote Cokoro 15-6-2023 03:20 PM
Dia ada blakon cite apa nmpk pipi dia bulat betul. Mcm sakit plk. Sblm ni chubby comel gitu je
Quote azimodin 15-6-2023 03:23 PM
Ok la dik.. ko chubby pon muka manis & comel. Raut muka camni memang sesuai berisi sikit, kurus sangat jadi x comel. Ada sipi2 kecomelan velvet AF.
Quote dudaberhias 15-6-2023 03:23 PM
tapi memang ko berisi pun... nak buat macam mana...
leona tu pun gemuk theyols kutuk jugak sebab dah memang gemuk...

abaikan je lah komen theyols... kalau nak hentikan komen gitu kena sendiri la pergi kuruskan diri...

Quote shroom 15-6-2023 03:38 PM
Cokoro replied at 15-6-2023 03:20 PM
Dia ada blakon cite apa nmpk pipi dia bulat betul. Mcm sakit plk. Sblm ni chubby comel gitu je

Aah kan.. drama adnan tu... ingatkan mmg dia make up mcm Erra cite cinta kolestrol tu.. tp comel la dia ni
Quote red_velvet 15-6-2023 03:41 PM
Manade gemuk.. body sedap2 peluk ni.. bodo nye meleis asal cantik mesti kurus, mesti putih...
Quote Kurex 15-6-2023 03:42 PM
Isiapa sheols ni
Quote adila39 15-6-2023 04:53 PM
rambut dia lawa and dia comel.
Quote cik_ingeniare 15-6-2023 04:58 PM
dia ni comel la.. bagi meols sheols berbakat sangat bila berlakon..
Quote cmf_premierleag 15-6-2023 05:06 PM
Ko mmg gemookkk dik
Sakit mata tgk org gegemok ni
Dah la jd lead heroin
Lagi sakit mata dan tukor cenel terus
Quote kakakgarang 15-6-2023 05:12 PM
dik kurus kan la badan mcm dulu.. skrg mcm over weight dah.. dgn dagu berExtravaganza, lengan sadoh betul.. kurang kan dlm 10kg maybe... then da ok da kau dik... sesilap kau lagi laku dari daiyan
Quote I.K.A888990 15-6-2023 05:58 PM
awat cantik je aku tgk
kau flip hair je la kat depa
Quote naina 15-6-2023 06:37 PM
Cantik la dia ni
Gebu2 gituhhh
Kalau kurus slim sure lagi melantun lantun cantiknya
Quote margo20 15-6-2023 06:42 PM
Ini yg mat salleh ckp thiccc
Quote anilanil 15-6-2023 07:19 PM
Kalo slim down mesti lagi lawa dari peah barkoba. Montel mcm ni pon dah comel. Papehal rambut ko lawa dari binik qiqiem...
Quote anony-mous 15-6-2023 07:25 PM
Awal kemunculan dlu x gemok sgt mcm skrg. Skrg mmg gemok tp she very the talented. Lakonan dia best. Muka pon natural beauty xpayah mekap tebal.

Uols ada potential, kalau boleh kurus la mcm dlu senang dpt watak utama. Syg talent mcm dia asik watak tempelan
Quote anony-mous 15-6-2023 07:26 PM
cmf_premierleag replied at 15-6-2023 05:06 PM
Ko mmg gemookkk dik
Sakit mata tgk org gegemok ni
Dah la jd lead heroin

Rasa awkward sket bila heroin gemok
Quote cicicumel 15-6-2023 08:22 PM
Masalahnya ko semakin gemuk nyah. Masa Budak Tebing ok lagi chubby2 sedap. Ni aku tgk cerita Adnan Sempit versi bbnu tu, ayooo.. Ko sgt gemok ye. Boleh plak jadi heroin. Dah la hero kurus kering...
Muka ko cantik dik, kasi kurus skit kalu x nak kurus sgt pom.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top