CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Rugi RM20,000 Kedai Nasi Ayam Kena Pecah Masuk, Tapi Staf Dakwa Tiada Kesan Ceroboh

15-6-2023 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1773| Komen: 18

RM20,000 kerugian dialami Shiha Zikir apabila restorannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dipecah masuk.

Penyanyi dengan nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, kejadian itu disedari sekitar pukul 10 pagi Khamis apabila salah seorang pekerjanya tiba di premis tersebut untuk memulakan perniagaan.



IG

"Apabila staf saya masuk dia mula sedar kedai dipecah masuk apabila melihat mesin juruwang dan tempahan atas talian lesap. Dalam mesin itu ada sedikit wang tunai.

"Kalau kira-kira mungkin hampir RM20,000 juga kerugian termasuk keuntungan sehari sekitar RM10,000. Jadi apabila berlaku begini terpaksalah tutup kedai," katanya ketika dihubungi mStar.

Shiha sebelum itu memaklumkan terpaksa menutup operasi restoran itu selama sehari bagi menguruskan hal berkaitan dan dijangka dibuka semula pada Jumaat.

Tambah penyanyi lagu Irama ini, tiada kesan pecah masuk pada bahagian pintu dan laporan polis dibuat oleh staf bertugas.



IG

"Apa yang peliknya staf saya beritahu memang tiada kesan pecah masuk. Dia dapat tahu apabila sudah berada dalam kedai.

"Kejadian ini memang menganggu urusan harian kerana ia melibatkan sistem. Jadi saya harap dapat selesaikan semua dengan segera dan kedai boleh beroperasi semula," ujarnya.

Sementara itu, Shiha berkata, dia tenang apabila menerima khabar tersebut dan kini fokus memikirkan tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

"Setiap yang berlaku itu pasti ada sebab. Saya tenang saja apabila dimaklumkan... perkara dah nak jadi. Sekarang ini lebih memikirkan apa tindakan lanjut agar semuanya dapat diselesaikan segera.

"Sebagai seorang yang terlibat dalam perniagaan begini, saya kena bersedia dengan segala kemungkinan.

"Namun ada sedikit rasa kecewa sebab sekarang ini saya memang seronok berniaga. Disebabkan kejadian ini terpaksalah tutup kedai sementara," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-6-2023 02:20 PM
cctv xde ke dekkk ??? untung sehari rm10k ??? wowwww
Quote mawarkhayalan99 15-6-2023 02:35 PM
sedap ke chuols nasi ayam sheols ni
Quote rayna_raynes 15-6-2023 03:22 PM
Edited by rayna_raynes at 15-6-2023 03:24 PM

Haritu kwn iols bawak gi sini. Ok je la nasi ayamnya.
Quote fifie_olin 15-6-2023 03:23 PM
bkn ke cash kena simpan dlm peti besi
Quote dudaberhias 15-6-2023 03:38 PM
Orix replied at 15-6-2023 02:20 PM
cctv xde ke dekkk ??? untung sehari rm10k ??? wowwww

khen takkan takde cctv kalau dah boleh buat untung sehari 10k...

tapi kat kampung baru tu memang masyukkk meniaga apa pun... tak sedap pun untung ribu2...
cuma harga sewa jah seram...


Quote lotusteratai 15-6-2023 03:47 PM
dulu masa keje retail, masa closing semua duit kena keluarkan dari cash register dan simpan dlm peti kat stor.

10k untung tu dia simpan dlm cash drawer ke? laku keras ea nasi ayam dia smpi dpt 10k per day
Quote supernaturalee 15-6-2023 04:53 PM
sian tgk sheols beria hosting kt mic on selebriti
yg partner duk blur2 x reti nk menyambut


Quote cruz2 15-6-2023 05:00 PM
Ada 2 benda acik musykil
Duit cash register tu slps closing supervisor/manager on duty tk simpan dlm peti besi dlm bilik ke?

Untung/pendapatan sehari 10k mmg simpan dlm kedai jer yer?
Quote hanihan16 15-6-2023 05:31 PM
kalau ikut pemahaman i, rm10k tu untung jualan sehari. since dia terpalsa tutup kedai sehari, jadi dah rugi la 10k. campur kerosakan mesin and sedikit wang tunai dlm mesin tu semua jadi la 20k. bukan dia simpan cash keuntungan 10k dlm cash register tu
Quote pencintaABC 15-6-2023 05:35 PM
supernaturalee replied at 15-6-2023 04:53 PM
sian tgk sheols beria hosting kt mic on selebriti
yg partner duk blur2 x reti nk menyambut

Abe Jaa tu rempit kelatey bau budu kuat sgt. Sian shiha krik krik. Btw jangan macam awesome tv tak bayar norlia ghani, atu zero sudah la ye dik shiha
Quote ShyDoll 15-6-2023 05:36 PM
Cash sales tu takkan smpn dlm mesin? bukan kena clear lps closing kedai?Reporter salah tulis ke atau aku yg salah baca?
Quote sleepandream 15-6-2023 05:45 PM
orang meniaga warung pun gigih pasang cctv yg rega rm100 tu...
ko niaga restoran takde cctv?
Quote Madel 15-6-2023 05:53 PM
Tak faham aku.
Duit yg hilang 'ada sedikit cash dlm mesin'
Tapi apa sal nko declare kerugian smpai rm20k.?
Tempahan atas talian tu customer bayar pakai on9 kan.
Periuk belanga, bahan2 basah kering perompak tu angkut sekali ke apa, sampai tak boleh buka kedai.
Eh entah la..tak faham aku.
Quote heythere123 15-6-2023 07:51 PM
10K tu forecasted rev so kira macam opportunity lost = rugi.

bengap jugak pergi simpan duit dalam cash register. Bakeri cabuk dekat area rumah iols ni pon gigih tau hari2 staf kosongkan cash register. Awat kedai nasi ayam yg claim revenue 10K boleh tinggal duit camtu je
Quote SalenaGomez 15-6-2023 08:04 PM
fifie_olin replied at 15-6-2023 03:23 PM
bkn ke cash kena simpan dlm peti besi

Tu laaa bagusnya pakai ewallet

Peniaga skrg ni kena pakai ewallet, staff pon susah nk songlap

SG pegi pasar malam pon byk dah pakai ewallet je
Quote SalenaGomez 15-6-2023 08:05 PM
sleepandream replied at 15-6-2023 05:45 PM
orang meniaga warung pun gigih pasang cctv yg rega rm100 tu...
ko niaga restoran takde cctv?

Cctv mur mur je kat shoppee
Quote delia3003 15-6-2023 08:37 PM
Edited by delia3003 at 15-6-2023 08:42 PM

Keuntungan RM10k sehari ke hasil jualan RM10k sehari? Macam tak logik pulak untung 1 hari sampai RM10k.

I dah lama tak ke kampung baru sebab dah tak macam dulu kualiti makanan, buat penat redah jem je, parking pun susah. Area flat dekat lrt tu lagi malas nak lalu, crowded ya hamat.

Tapi I suka kedai makan nasi padang kat simpang 3.
Quote marchikobonzo 16-6-2023 09:20 AM
hanihan16 replied at 15-6-2023 09:31 AM
kalau ikut pemahaman i, rm10k tu untung jualan sehari. since dia terpalsa tutup kedai sehari, jadi d ...

I setuju..ramai tak baca betul2 arikel tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037950 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top