CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jap Tanya Bini Aku' - Kurang Asam, Tergelak Aaron Aziz Lelaki Rancak Sembang Rupanya Tak Kenal Dia Artis

15-6-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2031| Komen: 6

Sering membawa watak utama baik dalam drama mahupun filem, pelik pula bila ada yang tidak mengenali pelakon kelahiran Singapura Datuk Aaron Aziz.

Baru-baru ini, tular video siaran langsung TikTok Aaron dan seorang lelaki yang cukup menghiburkan ramai. 



IG/TikTok

Tidak pasti bagaimana tercetusnya idea untuk melakukan live bersama, rupa-rupanya lelaki berkenaan tidak tahu sebenarnya Aaron seorang selebriti terkenal. 

Bukan sahaja tidak pernah menyaksikan filem fenomena ‘KL Gangster’, bahkan si isteri mendakwa suaminya memang kurang menonton televisyen.



Lucunya, interaksi mereka berterusan sehingga ke babak melakonkan situasi tertentu. 

Walaupun baru mengenali satu sama lain, lelaki itu santai menggunakan dialog keras untuk memarahi Aaron yang juga spontan melayani ‘lakonan’ tersebut, namun sempat membuat wajah berkerut-kerut kerana lelaki itu sering bertukar situasi.

Dari karakter peminta hutang sampailah pegawai polis, Aaron terus menyesuaikan dialog dengan perjalanan lakonan. 





Video mereka nyata mendapat respon positif daripada netizen sehingga berjaya meraih jutaan jumlah tontonan sejak dikongsikan dari semalam.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 15-6-2023 01:00 PM
Selamba ko je nak lontar skrip apa bang haha

Memang kalau kami2 yang tak tengok tibi ni tak kenai. Apatah lagi instafemes. Teringat serempak dengan orang malaysia kat overseas. Daku senyum, tanda sapaan senyum malaysian kepada malaysian. Tersipu serba tak kena orang tu alih pandangan entah kenapa. Sampai KL, member bagitau, orang tu instafemes rupanya.  
Quote dudaberhias 15-6-2023 01:08 PM
tu bermaka hengko dah sendu pak harun oiii...

sampai abang tu terpaksa panggil bini sebab tak kenal ko sape...
entah2 kalau dia panggil seluruh kejiranan dia tu datang rumah dia pun deorang pakat2 tak kenal ko sape...

Quote sailormars 15-6-2023 05:20 PM
kelakar gak la abg nie...pak harun pun layankan je...
Quote doubleharmonic 15-6-2023 08:01 PM
rempit mana nehhh. tak habis2 ayat ko asik lupa dialog jah apoooo. baik la ko berlakon jadi babi jah tak payah nak dialog2 bagai ko buat jah aksi tertonggeng terbalik tergolek terguling pon dah serupa babi kan babi?
Quote laksmanabentan 15-6-2023 08:04 PM
hahahahahhaa.... mmg tak terkenal pun kannn....
Quote matjerk 16-6-2023 12:16 AM
Lagi bagus lakonan brader tu dari zul aripin

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.145894 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top