Dalam hantaran terbaru, ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia terbabit kemalangan jalan raya. Menurutnya, kereta mewah jenis Mercedes Benz dinaikinya dilanggar dari belakang menyebabkan kerosakan teruk pada kedua-dua kenderaan terbabit.
“Tak ada angin tak ada ribu, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang. Padahal jalan jem sangat-sangat pada waktu ini dan saya bawa perlahan sangat. Tiba-tiba kepala saya terhentak sakit sangat. “Ujian sunguh untuk saya, syukur saya selamat. Terima kasih kepada yang sentiasa doakan saya. Maaf kalau saya teremosi sebab saya sangat stress dan terkejut,” katanya dalam kapsyen video. Dalam video itu, kelihatan Aliff bengang dengan kejadian itu dan berkali-kali meminta pemandu Honda City yang melanggar Mercedesnya untuk lebih berhati-hati ketika memandu.
IG Di ruangan komen, netizen menegur tindakan Aliff yang dikatakan panik dan mengelabah. Sedangkan perkara itu boleh dibawa berbincang dan apa yang penting semua yang terbabit dalam kejadian itu selamat. Bagaimanapun, Aliff membidas komen-komen tersebut dan mengatakan mereka yang berkata demikian tidak mengalami dan memahami situasinya. “Awak senanglah cakap. Masalahnya kereta saya ini tak pernah accident selama saya beli kereta ini. Cuba kalau awak ada kereta yang awak baru beli dan terbabit dalam kemalangan dan bukan salah awak. Apa awak rasa?” kata Aliff. Sumber: The Reporter |
cikatilia replied at 15-6-2023 04:28 AM
semua pon nak rakam.. upload mcm acting plak..
siap ada mujik.
dudaberhias replied at 15-6-2023 01:15 PM
semua benda ko nak rakam dengan muka lakonan kau yang terlampau keras kaku kejung tu... siap terbeli ...
prince_marhaen replied at 15-6-2023 02:44 PM
i baca komen zarina sabut nyioq je wakkk... beriya ye backup komen2... kat video toklip bapok semu ...
sweetfasha replied at 15-6-2023 05:11 AM
yg aku menyampah tu baca komen zarina jenodin tu beriya iya nau bekap si alip. konon tak kena tak ta ...
dudaberhias replied at 15-6-2023 01:15 PM
semua benda ko nak rakam dengan muka lakonan kau yang terlampau keras kaku kejung tu... siap terbeli ...
ADVERTISEMENT