CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Safawi Rasid Sumbat Bola Dalam Baju Sebagai Simbolik Syifa Melvin Dah Hamil 6 Bulan

15-6-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1607| Komen: 12

Safawi Rasid mendedahkan isterinya Syifa Melvin kini sedang hamil enam bulan.

Menerusi video di TikTok, Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, 26, berkata, jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan pada malam Khamis adalah khas buat isterinya yang sedang hamil.


Foto: mStar

"Ya dia mengandung. Gol tadi saya hadiahkan kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua," katanya.

Dalam video tersebut, Safawi yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat cerita berkongsi berita tersebut kepada peminatnya.



Aksi Safawi menyumbat bola di dalam baju semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu dikatakan simbolik Syifa kini berbadan dua.

Untuk rekod, Safawi dan Syifa mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.


Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 29, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah.


Pada majlis berkenaan, Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-6-2023 10:41 AM
retis ke nokkkk... pun boleh jadi gosip...
sumbat2 bola dalam baju bagai entah2 ko yang fefeeling nak mengandung kan...
sebabtu pilih bini muka tua n kasar...

Quote insyi81 15-6-2023 10:57 AM
apa benda ni.......hahahaha
Quote esbok 15-6-2023 11:00 AM
apa simbolik hadiah gol
Quote babelina 15-6-2023 11:08 AM
laki pula yg over... hahaha.. ye la bini bkn retis nk masuk tv selalu.. hahaha..
Quote Nenolen 15-6-2023 11:33 AM
@Kurex
Quote Adeakukesah11 15-6-2023 12:04 PM
Tahniah. Tp awal sgt bengkak susu nya pun
Quote Kurex 15-6-2023 02:42 PM
Dalam gambar tu macam pompuan tua mendakap lelaki kerja angkut sawit. Dah la dari kau muncul dalam industry pun takde impak. Orang tak tau kau kerja apa. Puihhhhh
Quote Kurex 15-6-2023 02:44 PM
Ni kalau masuk umur 40 tahun, agaknya muka dah mcm muka nenek2 lanjut usia si melvins adik beradik ni!!!!! Berlakon kaku, wujudnya dalam industry pun sekadar jadi langau. Dengan bingit perangai pprt berjiwa setinggan.
Quote mizruncing 15-6-2023 02:54 PM
dah agak dah. sbb mmg nampak berisi dah pon. gigih syifa nk sorok
Quote dewi_rina 15-6-2023 04:26 PM
Masa raya joget2 ngn adik beradik dia tu iols nampak dah perut dia,dia nak sorok perut
Quote anony-mous 15-6-2023 04:30 PM
Syg betul pawi ni dgn syifa ek. Walaupon i xsuka the melvins semua ni tp i dpt rasa syifa ni dgn pasangan mesti pndai layan n jaga
Quote rosedemon 16-6-2023 09:35 AM
cepat nohhhh tembakan tepay

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035249 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top