CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bubur Asyura Negeri Mana Paling Sedap?

27-10-2015 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 22027| Komen: 31

Oleh Izzah Abbasy

Sebelum kita tahu jawapan untuk bubur Asyura paling sedap di negeri mana, kita ambil tahu dahulu mengenai asal usul bubur ini.

Adakah anda tahu bubur Asyura dibuat untuk tujuan apa? Dan kenapa ia mesti diadakan pada 10 Muharam atau sepanjang bulan Muharam?

10 Muharam adalah hari Asyura dan disambut  setiap tahun Islam. Pada bulan Muharam inilah, umat Islam akan membuat bubur Asyura secara bergotong-royong di sekolah, kampung, pejabat mahupun sesama ahli keluarga.



Kisah Hari Asyura

Pertama

Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :

“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak.

Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.


(Setakat ini, masih tiada penemuan dan sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. - Sumber Abu Anas Madani)

Sungguhpun begitu, ia sebenarnya mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.


Kedua

Memasak bubur Ayura ini secara berkawah-kawah ialah bersandarkan hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.




Apa itu bubur Asyura?

Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharam. Ada yang menyatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.



Negeri mana 'power' buat bubur Asyura?

Setiap negeri dipercayai mempunyai kelainan ramuan dan cara masakannya. Seperti di negeri Pahang, Johor dan Kedah, bubur Asyura yang dimasak agak cair dan mempunyai kuah seakan bubur biasa. Namun, di Terengganu dan Kelantan pula, bubur Asyura yang dimasak pekat seperti dodol namun ia sangat lembut kerana menggunakan banyak ramuan daging dan rempah ratus.

Setakat ini, ramai yang menyatakan bahawa bubur Asyura Kelantan sangat sedap dan boleh bertahan berbulan-bulan jika berada dalam peti sejuk beku. Betul ke?

Ingat, bubur Asyura diadakan adalah untuk mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda dan merapatkan silaturrahim sesama umat Islam dengan berkongsi kesenangan. Jom, kongsikan pandangan dan resepi bubur Asyura di negeri anda ya! - CARI Infonet


Kredit Foto : Google
Sumber info : www.abuanasmadani.com
5

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 27-10-2015 05:19 PM
sy suka bubur johor
bubur klntan pekat sgt, xminat,
bubur terengganu byk sgt pucuk2 & lada itam, xminat jgk
Quote kenarihitam 27-10-2015 05:41 PM
saya suka bubur assyura style utara..hehe
Quote delsmomm 27-10-2015 05:48 PM
saye suke yg mak buat saje..
dah cuba di pelbagai neg tp xkena selera hatta di neg sniri pon...
Quote red_cattleya 27-10-2015 05:48 PM
bubur asyura perlis sodap
Quote mongoose_kidz 27-10-2015 07:17 PM
sy vote bubur asyura belah2 utara..
dapnye..nak2 klau dpt gigit yg ade pisang
belah kelantan terlalu manis pada sy
Quote gula_tebu 27-10-2015 07:38 PM
Of course Perlis, selepas rasa pelbagai versi lain. versi yg berdaging & berempah rasa tak kena dengan tekak, juga versi berpucuk ulam.
Quote Madel 27-10-2015 07:39 PM
Apa beza bubur Asyura dgn bubur Lambuk
Quote DaisyD 27-10-2015 08:16 PM
tiba tiba rasa noob sebab tak pernah rasa
Quote cik_sssara 27-10-2015 08:42 PM
Errk? Sejak bila bubur asyura terengganu ada pucuk? Tu bubur lambuk okay.

Bubur asyura terengganu ada daging, jagung, kacang dan apetah lagi. Lepastu dihidang bersama isi ikan rebus hancur, agar2 sirap dipotong dadu halus, dan hirisan telur dadar.
Dulu2 masa kecik je ramai jiran pakat hantar rumah kerumah tapi sekarang dah takde pun.
Quote cekelatkopi 27-10-2015 11:07 PM
oh bubur asyura tiap negeri lain rupanya. baru tau ni.. kalau mak aku punya style belah kedah lah kot kan? mcm ada lebih 3 jenis kacang...kcg merah.kacang kuda.kacang ijau. jagung. pisang. keledek merah. lepas tu x keras sgt tp still boleh potong.
Quote Artemesiaa 27-10-2015 11:14 PM
Mesti masing2 akan kata bubur yang asal dari negerinya sendiri yang paling sedap sebab tu yang dah biasa dimakannya dari kecik.
Quote nist02 28-10-2015 12:07 AM
Bubur asyura arwah mak ngan arwah nenek sy je rasa special.. walau mungkin ada lg sedap... hehe apa pun... hebat ar semua tempat pun ada masing2 punya style ye x
Quote CrowneGlory 28-10-2015 05:56 AM
First time nnpk bdk kedah bawak g opis tp x mampu nk amik n makan... Rupa dia sgt la aku x boleh nk telan..mmg semua rupa lebih kurang rupanya...
Quote missDollie 28-10-2015 12:14 PM
Pejam mata ja makan bubur ni..aku pun tak lalu tengok kaler dia..tapi rasa tu buleh la nak telan..
Quote bravo87 28-10-2015 12:25 PM
wahhhh...sedap....jika dapat free
Quote jelitaqasyah 28-10-2015 12:57 PM
Sedapnya kalau makan panas-panas..

Nak resepi arwah nenek je.. Emmm...
Quote salimrock 28-10-2015 02:39 PM
org syiah masak bubur asyura tak, pada hari diorang pukul badan diorang sendiri?
Quote noraidil_06 28-10-2015 03:00 PM
i suke yg manis. yg rempah2 ni kembang tekak.
Quote hasniey 28-10-2015 03:48 PM
cik_sssara replied at 27-10-2015 08:42 PM
Errk? Sejak bila bubur asyura terengganu ada pucuk? Tu bubur lambuk okay.

Bubur asyura terengganu ...

eh bubur lmbuk ngn asyura tu lain eh

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.297349 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top