CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Derma Wang Pampasan Kes Saman Fitnah

15-6-2023 12:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 667| Komen: 0

Washington: Pelakon Hollywood, Johnny Depp memilih beberapa badan amal untuk menderma wang pampasan yang diterima daripada bekas isteri, Amber Heard berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta) selepas memenangi kes saman fitnah yang penuh kontroversi.


Stesen penyiaran CNN melaporkan, Depp telah memilih lima badan amal untuk menyumbangkan wang penyelesaian itu termasuk Yayasan Make-A-Film, The Painted Turtle, Red Feather, Tetiaroa Society Marlon Brando dan Amazonia Fund Alliance.


Pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu merancang untuk menderma AS$200,000 (RM924,100) kepada setiap satu daripada lima badan amal tersebut.

Semasa perbicaraan mahkamah di negeri Virginia, juri memutuskan bahawa Depp dan aktres, Heard bersalah dalam kes saman fitnah tersebut pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua mereka kemudian mencapai penyelesaian pada Disember dengan Heard bersetuju untuk membayar AS$1 juta (RM4.6 juta) kepada Depp sebagai ganti rugi. – Agensi 



Sumber: Kosmo! Online

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.030806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top