CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Bantuan Maut Dirempuh Pemandu Lori Mengantuk

14-6-2023 10:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 289| Komen: 1

Seberang Perai: Seorang anggota polis bantuan 
Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) maut dalam nahas di Kilometer 11.6, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pagi tadi.

Mangsa dipercayak dirempuh oleh seorang pemandu lori yang hilang kawan disebabkan letih dan mengantuk.

 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, suspek berusia 26 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga tidak memiliki lesen memandu namun, bebas daripada sebarang pengaruh dadah atau alkohol.

Mangsa maut dirempuh lori ketika sedang membantu sebuah kereta Perodua Viva yang rosak di KM11.6 Jambatan Kedua pagi tadi.

Terdahulu, Chong Chern memberitahu, kejadian berlaku apabila seorang pemandu kereta Perodua Viva telah memberhentikan keretanya di lorong kiri iaitu lorong kecemasan jambatan berkenaan akibat mengalami kerosakan.


Menurutnya, mangsa, Musyiri Bakar, 49, tiba tidak lama kemudian bersama kenderaan Toyota Hilux yang diletakkan di belakang Perodua Viva itu untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun, ketika mangsa sedang berjalan ke arah kereta Perodua Viva itu, datang sebuah lori dari arah belakang dan melanggar Toyota Hilux tersebut sebelum ia menggelongsor dan mengenai mangsa yang sedang berdiri di antara kenderaannya dan pembahagi jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa tersepit sebelum terpelanting ke lorong motosikal dan dilanggar pula oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan itu,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau, mangsa bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan yang konsisten akibat pelanggaran kenderaan motor.

“Penunggang motosikal yang melanggar mangsa pula kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala pemandu Perodua Viva yang juga seorang wanita berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Menurutnya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Tambah beliau, keempat-empat kenderaan yang terlibat termasuk kereta Perodua Viva serta motosikal yang melanggar mangsa turut mengalami kerosakkan akibat kejadian tersebut. 


Sumber: Kosmos! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 14-6-2023 11:23 PM
Innalillah.. takziah untuk keluarga mangsa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.072617 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top