CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Rasa Akan Bersara Buat Sementara – Zii Jia

14-6-2023 10:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1303| Komen: 18

Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memberi bayangan mungkin akan ‘bersara’ seketika daripada dunia badminton ekoran prestasinya yang merudum ketika ini.

Terbaharu, pemain berkenaan terus dibelenggu aksi hambar apabila sekali lagi tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta semalam.


Zii Jia terkandas pada pusingan pertama di Terbuka Indonesia dan kali kedua berturut-turut selepas berdepan nasib sama di Terbuka Singapura sebelum ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, bekas juara Asia dan Seluruh England (All England) itu terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 17-21, 13-21 kepada pemain ­India, Lakshya Sen.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia tersingkir di pusingan awal dua kali berturut-turut selepas turut tewas di pusingan pertama ketika Terbuka Singapura minggu lalu.


“Saya rasa saya akan ‘bersara’ buat sementara waktu. Saya tidak tahu untuk tempoh berapa lama, mungkin sehingga saya kembali mendapatkan motivasi. Saya mahu berehat seketika,” ­katanya.

Situasi sukar yang dialami perseorangan lelaki No. 1 negara itu pastinya merunsingkan pe­minat-peminat badminton tanah air, lebih-lebih lagi dia sudah terkeluar dari kelompok 10 teratas dunia dengan menghuni ranking ke-11.

Penyingkiran Zii Jia juga me­nyaksikan tidak ada lagi wakil Malaysia dalam acara perseora­ngan lelaki apabila seorang lagi pemain, Ng Tze Yong turut ter­singkir di pusingan pertama selepas tewas 7-21, 21-17, 13-21 kepada Shi Yuqi dari China kelmarin.

Untuk rekod, Zii Jia masih belum memenangi sebarang kejuaraan pada saingan musim ini dengan pencapaian terbaiknya adalah mara ke separuh akhir ketika beraksi di All England dan Terbuka Switzerland Mac lalu.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu sudah menyertai sembilan kejohanan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) pada musim ini dengan tujuh daripadanya berakhir di pusingan pertama dan kedua.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 14-6-2023 10:50 PM
Eloklah bersara terus
Quote sharlenetexas 14-6-2023 10:52 PM
Edited by sharlenetexas at 14-6-2023 10:53 PM

Flop sgt heols ni.


Quote Highflyer19 14-6-2023 11:08 PM
One hit wonderr…
Quote Decaffeinated 14-6-2023 11:47 PM
Suka tengok dia fasih jawab soalan wartawan tak macam some footballer melayu tu pasal KPG jarang pilih untuk attend PC. Tiber.

Quote Skuau 14-6-2023 11:51 PM
Decaffeinated replied at 14-6-2023 11:47 PM
Suka tengok dia fasih jawab soalan wartawan tak macam some footballer melayu tu pasal KPG jarang pil ...

tak boleh jd pemain badminton...try la jd cikgu-decaff...
Quote orkid_amani 15-6-2023 12:50 AM
Syg talent mcm LZJ akn terkubur mcm tu jaa nti.. performance start drop lepas keluar BAM..dari rank2 turun ke rank11.. reason xperform back to back tournament..dah tu player lain yg dok menaik tu tak join tournament ka balik la ke BAM.. training under Misbun tuu .jgn ego sgt .nk main pun xlama dah..4-5y ja lagi..lepas tu retired laa..
Quote kemaruk 15-6-2023 01:03 AM
Hauk      
Quote swimswim 15-6-2023 07:11 AM
Padan muka dgn spesis manusia sombong bongkak mcm ni
Quote cikmouse 15-6-2023 07:28 AM
Bye2 jerrr laaaa....bungkus ikat tepiii jerr manjang...
Quote Hessa 15-6-2023 08:36 AM
ye..elok lah bersara terus, kalau ada rasa mcm bagus ni tak sesuai jadi atlet bertaraf profesional
Quote xy_daen 15-6-2023 08:45 AM
Bersara terus jelah
Quote capiloton 15-6-2023 08:49 AM
nobody care. banyak nau drama.

tak pernah tengok kau main, dan tak hingin pun nak tengok
Quote dekmieDandy 15-6-2023 09:42 AM
sayang betul, kenapa terus drop macam tu
Quote matseh 15-6-2023 09:58 AM
Berehat, dgn kata lain dah tak cukup duit nak main
Maybe its the best for him. Dah cuba mcm2 cara tapi x lepas2 round awal.
Quote cmf_PariS 15-6-2023 11:02 AM
permata negara dia ni.. tp ego..
Quote grouper 15-6-2023 11:20 AM
Klau zii jia fit 100% n konfiden axelsen je blh kalahkan dia. Tapi tu la mental dia x kuat x tau pasal apa..
Quote doubleharmonic 15-6-2023 08:26 PM
ko bersara terus je lah nokk. gegeh fefeling terpaling ala2 nek ani scammer tu nak tunda konsert buat sementara hujung2 terus tunda buat selama2nya khensss yihhhhh
Quote lazim 16-6-2023 12:26 AM
Dia ni tamak sangat konon dapat sponsor juta2 gelap mata dgn duit, gerak solo igt senang, segala2 duit. Dh kalah xbrenti ni sponsor x blah ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.339382 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top