CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terkenang Kesilapan Lalu, Aliff Aziz 'Whatsapp' Ibu Mohon Maaf Libatkan Keluarga Dalam Kontroversi

14-6-2023 09:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 376| Komen: 1

Sedang menjalani penggambaran drama Dia Dari Syurga yang mengangkat kisah kekeluarga, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz meluahkan kekesalan hatinya atas kesilapan yang dilakukan hingga membabitkan keluarga.


Diselubungi rasa bersalah, pelakon kelahiran Singapura itu menghubungi ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad menerusi aplikasi WhatsApp bagi meluahkan perasaan.


"Abang (panggilan diri Aliff) tengah shooting cerita family, jadi tiba-tiba teringat semua kesalahan saya kepada umi dan ayah bertahun-tahun.

"Saya tahu umi telah maafkan, tetapi saya masih mahukan katakan betapa menyesal kerana melibatkan umi dan ayah dalam banyak perkara," katanya.

Hafiza berkongsi perbualan Whatsapp bersama Aliff itu di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Tambah pelakon asal Singapura ini, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap kedua ibu bapanya yang memarahi perbuatan yang dilakukan.


"Saya tidak pernah menyimpan dendam. Semuanya demi kebaikan tetapi saya tidak menyedarinya.

"Terlibat dalam penggambaran sekarang ini, fasal mak dan keluarga membuatkan saya lebih memikirkan tentang umi dan ayah," ujarnya.


Sementara itu menerusi jawapan balas yang diberikan, Hafiza meluahkan rasa syukur atas perubahan anaknya itu dan membuatkan Aliff sedar akan kesilapan lalu.

"Allah maha baik, Dia gerakkan hati abang. Kami telah lama maafkan dan tidak mungkin umi tak reda.

"Umi minta maaf juga atas kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu disebabkan sikap marah," tulisnya.


Sumber: mStar, IG Fiza Aziz

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-6-2023 09:18 PM
apa2 je lah nokkk... saya tak pernah simpan dendam? apooooo...
motip ko nak berdendam... dah engko yang curang semua siap curi duit dan telefon orang dulu2...

kaka still takleh lupa dialog ko haritu dekat SG

*ayahhh ayahhhhhh deorang buat abang ayahhhhhh*

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.027219 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top