CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dulu Saya Benci Perpisahan” - Puteri Sarah

14-6-2023 09:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1352| Komen: 7

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui pernah takut untuk melepaskan segala yang dimiliki dalam hidup.

Namun, dia kini sudah memahami erti 'melepaskan'dan reda dengan takdir yang telah ditentukan.


Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.



"Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.

"Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak lagi ada dalam hidup saya.

"Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang akan terjadi kemudian. Disitulah kesalahan saya selama ini kerana takut akan segalanya," ujarnya.

Bukan mudah untuk melepaskan sesuatu perkara indah dalam hidup namun sebagai manusia dia harus akur dengan takdir yang telah ditetapkan.



"Sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, ia berakhir kerana satu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, ia tidak berhasil kerana sesuatu alasan.

"Kamu tahu melepaskan itu indah. Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan diri kamu bahawa setiap yang berlaku atas izinNya.

"Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu," katanya.

Terdahulu, Syamsul melafazkan cerai talak satu terhadap Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas dan sesi itu berlangsung secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Syamsul berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah, meskipun ikatan perkahwinan dia dengan Puteri Sarah sudah berakhir.


Dalam prosiding berkenaan, Syamsul bersetuju memberikan nafkah anak sebanyak RM6,000 sebulan berkuat kuasa bermula Julai ini.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.


Sumber: mStar, IG Puteri Sarah

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-6-2023 09:08 PM
kira kuat betul sarah yach...
mujur la sol tu pilih untuk lepaskan sarah juga akhirnya...

kalau tidak lebih elok si sol tu rentung jah dalam lambo tu biar kulit sama kaler dengan anak si kazar... baru la merpati sejoli...

waktu drive2 tu mungkin dah dapat petunjuk untuk lepaskan dan jangan aniaya bini lagi kalau tidak warna kulit jadi serhoper kazar...

hikmah lambo berasap gittuh!

Quote noor2 14-6-2023 09:10 PM
Kalau ko dah jumpa pengganti dlm masa terdekat,mmg ko x kan kisah pun pada perpisahann..
Buat apa hidup kawin kalau bersedih...baikla cerai cari yg lebih baik...
Quote babelina 15-6-2023 11:11 AM
moga dpermudahkn la urusan PS.. dulu ada kwn pas pisah.. bertahun2 dia single.. yg nk ramai.. tp takut mcm kn apa dia.. ye la kn.. soal ht nie x bole nk paksa2..
Quote OsHiN_hOnEy 15-6-2023 11:37 AM
tu lirik lagu kan?
komposer indon tu pun ada jer komen kat ig sarah
looks decent tapi tu lar, mcm tak berapa jive dgn lifestyle sarah
but all the best and masa depan antara rahsia Allah yg tak mampu kita teropong skrg

but entah knp rasa panjanggg lagi kisah dorg bertiga ni
smlm sarah byk diam, bagi ruang kat samdol to do all the talking
kdg2 sarah jeling, bulatkan mata, tersengih sinis, tersenyum gembira
Quote aciksenah 15-6-2023 11:46 AM
Betul tu PS..kadang2 melepaskan tu mungkin jalan yang terbaik. Kita hidup ni sementara je. Kenapa nak membuang masa dengan berdendam dan bermusuhan. Bila kita dah rela melepaskan dan berdamai dengan diri sendiri serta memaafkan. Mesti rasa lebih tenang kan? Cari kegembiraan dan kebahagiaan sendiri...PS pun muda cantik bergetah. Orang jauh lagi lebih hebat dari Sol pun Sarah akan dapat. Nampak muka PS lebih tenang je. Ni la baru dikatakan wanita hebat. Bercerai bukan satu penamat..mungkin permulaan kepada sesuatu yang terbaik buat diri awak, InsyaAllah.
Sebenarnya..bila kita dikhianati, tapi kita bangkit dengan lebih kuat, lebih gembira, lebih bahagia..tanpa perlu memburuk2kan orang lain. Itu la namanya erti dendam yang sebenar. Bak kata Aisyah, kemaafan dendam yang terindah...agiteww
Quote soy_beans 15-6-2023 11:52 AM
Edited by soy_beans at 15-6-2023 12:04 PM
OsHiN_hOnEy replied at 15-6-2023 11:37 AM
tu lirik lagu kan?
komposer indon tu pun ada jer komen kat ig sarah
looks decent tapi tu lar, mcm ta ...


Her body language.
Quote OsHiN_hOnEy 15-6-2023 12:03 PM
soy_beans replied at 15-6-2023 11:52 AM
Her body language. Dia mcm tlupa sekejap yang dia salam tu is the last salam between them and she  ...

terselit sedikit rindu kot
teman sebantal tu
kan lama dorg tak jumpa on good terms
again, masih dlm eddah anything can happen
ameen2 doa yg sama utk sarah to have the best out of what life has to offer her and her kids
sarah ni pun jenis rajin cari duit

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.029752 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top