Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik sebuah hantaran dna memberi nasihat kepada orang ramai di Instagramnya ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai konflik rumah tangganya.
Menerusi hantarannya, dia berkongsi keratan artikel yang memaparkan kenyataan pelakon tersebut yang menyatakan bahawa dia berdoa supaya dia diceraikan. Susulan itu, Ustaz Ahmad Dusuki menasihati supaya berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya daripada kehancuran. “Berusahalah untuk kebaikan kemudian berdoalah kepada Allah, sebaiknya berusahalah menyelamatkan setiap ‘masjid’ yang dibina dari kehancuran. “Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan di atas setiap perancangan mereka, kita pula berusaha menyelamatkan binaan yang indah ini. “Kepada setiap keluarga mukmin, jauhkan dari melayan gangguan syaitan dan emosi dalam membina keluarga mukmin ini. Allah akan membantu kita semua,” tulisnya.
|
delia3003 replied at 14-6-2023 07:36 PM
Tegur lah sekali ex-suami jantan tak guna yang duakan dia termasuk sekali pencaras tahap rempit. Bal ...
ADVERTISEMENT