CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Payahlah Cari Hantu, Lebih Baik Baca Al-Quran

14-6-2023 07:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2084| Komen: 47

PUTRAJAYA –  Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri pesan lebih baik membaca al-Quran dan buat perkara yang lebih berfaedah daripada buat kandungan ‘memburu’ hantu atau paranormal.

Zulkifli menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri turut menasihatkan agar tidak melakukan perkara sedemikian dan buatlah perkara lebih bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya.

Gambar Hiasan

“Membuat perkara yang berunsur mistik secara berlebihan dikhuatiri akan membawa kepada kesyirikan, ketahyulan dan khurafat. Semoga Allah SWT memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat,” katanya.

Katanya, Syeikh Mustafa al-Maraghi menyebut bahawa beriman dengan perkara yang ghaib ialah percaya bahawa adanya kewujudan di sebalik alam yang nyata yang mana ianya dipandu dengan dalil dan akal yang waras.

Jelasnya, firman Allah SWT juga menceritakan bahawa kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 14-6-2023 07:21 PM
ni merujuk kes apa ni? ada budak buat konten ke?
Iols ketinggalan keretapi
Quote tumpanglalu74 14-6-2023 08:19 PM
Buat pengetahuan mantan pak mofti la ye, dorang wat live cari hantu sebab peminat kasi gifts berupe coins.  Ko dah dok di kusyen empok usah nak sebok hal biforti yang terkedek2 cari duit berbagai cara..
Quote dua_chzy 14-6-2023 08:20 PM
Haha. Setuju.
Quote FOTHER-MUCKER 14-6-2023 09:36 PM
Cari hantu tu satu pekerjaan, bukan suka suka. Fikir semua orang 24/7 nak hadap agama?
Quote sharlenetexas 14-6-2023 09:47 PM
Dulu2 kan ada apartmen kat cheras yg kena ganggu teruk sampaikan semua blok dikosongkan. Pastu sekarang di rennovate balik. Ada org duduklah kot. Ada thread kt bod mps.


Quote airfilterkotor 14-6-2023 09:47 PM
Mungkin ada yg salah faham atau tak baca isi kandungan.

"Zulkifli menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri turut menasihatkan agar tidak melakukan perkara sedemikian dan buatlah perkara lebih bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya."
Quote airfilterkotor 14-6-2023 09:51 PM
Edited by airfilterkotor at 14-6-2023 10:00 PM

Dari depa carik antu buat konten,
ada bagusnya pi carik babi utan dalam belantara nun.
Kurang² dapat memberi manfaat pada penonton jika kena sondol sampai parah.
Baru la berbaloi utk kitorang nak like ke, share dan subscribe ke, kasik coin ke, bunge ke...
Quote testly 14-6-2023 09:58 PM
Dulu sek rendah, ustzh aku ada bgtau cara mcm mn nak dpt tgk jinke hantu tah, buat ms maghrib. Tp dah lupa dah sbb xhingin aku...
Klau lah korg tau org yg hijabnya terbuka rasa mcm mn bila ternampak hantu2 ni...huhhh..ngeri n seram kita yg dgr ni pun...
Quote capiloton 14-6-2023 10:08 PM
Edited by capiloton at 14-6-2023 10:16 PM

menarik gak video nih, nampak hantu nya
ada momok baju biru jogging dalam gelap

tak silap ni budak yang kena kecam hari tu
sampai jakim nak siasat
bersekedudukan satu rumah jantan betina


[youtube]S52NNz3oHlE[/youtube]



Quote mojarean_X 14-6-2023 10:16 PM
Tik tok iols penuh ngan FYP sebegini. Latest istana iblis di tengah lautan
Quote H0rr0rfan 14-6-2023 11:47 PM
Saya sokong mantan mufti. Daripada mereka buat konten cari hantu segala, baik buat benda lain sebab benda ni boleh menghala kepada syirik apatah lagi untuk mereka yang cetek pegangan agama.
Quote FOTHER-MUCKER 15-6-2023 12:23 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-6-2023 08:24 AM

Saya tengok mereka yang buat content cari hantu ni mereka boleh pergi sehingga ke Eropah Singapura Indonesia Thailand cari hantu
Quote sekngucing 15-6-2023 12:41 AM
baik buat content cari malaikat

dari kecik kita disogokkan percya pd malaikat..tp tak jumpa2 pun

malah taik malaikat pun takda!
Quote ultra78 15-6-2023 02:48 AM
PULANGKAN replied at 14-6-2023 07:21 PM
ni merujuk kes apa ni? ada budak buat konten ke?
Iols ketinggalan keretapi

Mungkin content di tiktok
Quote jejaka_hensem 15-6-2023 04:28 AM
Kitorang dulu main spirit,guna syiling singapore yg dulu2 tu,sebab nak tangkap pencuri laptop kat asrama.
Menjadi ye,tapi kejap je la sbb masing2 takut terus hantar balik.tak sangka menjadi
esok demam terus yg main tu
Quote Perwira2022 15-6-2023 04:42 AM
Dari yg buat konten mistik, peminat yg menonton, penyokong aktiviti sebegini & yang mempertahankan.... Semua dah terperangkap dalam tipu daya iblis syaitan kahkahkahkahkah...... Aktiviti berfaedah sebab dapat coin kunun .... Hebat sebab dapat menjelajah banyak negara kunun kahkahkah

Selamat menjadi hamba iblis syaitan
Quote nikola.tesla 15-6-2023 06:44 AM
ada bagus video carik hantu tu.sebab hantu tak brani nak muncul.jadi dalam masa sama mendidik kita yang hantu tu tak perlu la ditakuti
Quote makita 15-6-2023 06:59 AM
Mupti ni dah salah konsep ni..bg bdk2 yg cari antu ni..dah nampak antu baru dorg pi baca ayat2 al quran..siap alip ba ta lagi nak refresh bacaan.
Quote Simunggu 15-6-2023 07:11 AM
hahaha ini merujuk kpd yg banyak konten pasal hantu...bagus buat konten hantu hidup

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.088730 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top