CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Merungut, "Dulu Laku Sampai 50kg Sehari, Sekarang Nak Jual 20 Kg Pisang Goreng Pun Susah"

14-6-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5219| Komen: 94

Kuala Lumpur: Peniaga dan penjaja kecil makanan terkesan apabila jumlah pelanggan semakin berkurangan berikutan lkeadaan ekonomi yang mencabar.

Peniaga, Abdul Rahman Talib, 58, berkata, selepas pandemik, jumlah pelanggan dilihat lebih ketara.


Foto: Harian Metro

"Sebelum ini 50 kilogram (kg) pisang goreng boleh terjual dalam masa sehari, tetapi sekarang 20 kg pisang pun susah nak dijual," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, walaupun berniaga dari pagi hingga petang, namun pendapatan tidak lumayan seperti dulu.

Menurutnya, kekurangan bahan mentah dan kenaikan harga barang juga meresahkan peniaga kecil.

"Dahulu, mudah untuk mendapatkan minyak paket, tetapi sekarang pasar raya mengehadkan pembelian hanya dua paket sahaja.

"Saya terpaksa pergi ke beberapa kedai untuk mendapatkan bekalan minyak yang cukup untuk berniaga," katanya yang sudah berniaga lebih 10 tahun.


Sementara itu, peniaga air tembikai, Mohd Fadzil Ismail, 55, berkata, ekonomi sekarang sangat mencabar dan tempiasnya turut terkena kepada peniaga.

"Saya terpaksa menaikkan harga jualan. Sebelum ini air tembikai dijual pada harga RM2 secawan tetapi terpaksa dinaikkan kepada RM3 kerana harga buah dan bahan lain seperti gula sudah naik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 14-6-2023 06:48 PM
Sudah adik jual 20kilo piasang goreng sama harga dengan durian musang memang lah org tak beli dik
Quote Kitty_catz 14-6-2023 07:04 PM
haaa seyes keh? patot gerai pishang goreng dekat opeh meols ni dah takde beratur panjang2 mcm dedulu

Quote lostfaith 14-6-2023 07:07 PM
Jual kat gerai, harga have have, mereputlah mkn sorang2 ko... sokongbjer tak payah beli. Lagi pun malaysia banyak obes hasil mknan bergoreng cintih pisang goreng...so sila kurang membeli kurang mkn kurang obes...duit pun jimat...
Quote jejaka_hensem 14-6-2023 07:09 PM
Dah banyak pesaingan,sebab tu susah nak jual.
Merata dah org jual.pembeli pun dah bijak memilih mana yg murah dan sedap.
Quote akusukaq 14-6-2023 07:13 PM
Ini bukan zaman nak buang duit beli makanan tambahan yg tk perlu.Kalu teringin sgt buat je sendiri. Duit guna utk keperluan.Semua kena belajar susahkan diri..semoga bersedia utk zaman yg lg sukar
Quote PULANGKAN 14-6-2023 07:32 PM
mahal ler pisang goreng sekarang

dah tu pisangnye kecik, potong 4 pulak tu. secoet kecik je
ada yang goreng pisang nye jadi lembik, tak rasa pisang pun. rasa tepung goreng je. ada tu memang rasa minyak je, bluek
sangat tak berbaloi dan tak memuaskan hati bila makan

tapi tu la. harga mahal, kita move on. terima kasih aje la
tak kena harga dengan barangnya.
Quote krustykrab 14-6-2023 07:34 PM
Minyak peket tu limited sampai skrg ke? Ingatkn nuart & raja formula dh siap ada formula utk kekang brg² subsidi dr diseludup.
Quote isseliparjepun 14-6-2023 07:35 PM
PULANGKAN replied at 14-6-2023 07:32 PM
mahal ler pisang goreng sekarang

dah tu pisangnye kecik, potong 4 pulak tu. secoet kecik je

Setuju setuju setuju.

Pada I yang marhaen ni, harga pisang goreng mahal. 1 biji pisang kerat 3 4 helai, dijual dengan harga RM2 untuk 4 keping pisang goreng (beserta salutan tepung yang tebal).

Jadi peniaga pisang goreng bukanlah mensasarkan pelanggan B40 macam I.
Quote Samerosie 14-6-2023 07:37 PM
Hamboi gambar hiasan potong senipis boleh sebijik pisang tu ye lepas tu jual rm2 5 padahal tak sampai sebijik pisang pun.
Quote Kurex 14-6-2023 07:41 PM
Pernah terbeli indon punya. Minyak jah yach dekat pisang goreng tu
Quote theotherfriend 14-6-2023 07:50 PM
Dulu pisang sebijik belah dua. La ni sebijik pisang belah 6, harga sekeping ikut dulu. Lepas ty meratib  jual pisang kurang ikut berat. Syaitannnirrojim sangat statement
Quote makneng 14-6-2023 07:55 PM
Dah kau pun jual sebiji pisang nipah hiris lapanbelas..baik beli kerepek pisang je mcm tu. Pastu goreng sampai minyak tukar warna akan2 hitam, ntah berapa kali kau guna. Memang patut pun orang x singgah beli. Sorry x kesian.
Quote makita 14-6-2023 07:56 PM
PULANGKAN replied at 14-6-2023 07:32 PM
mahal ler pisang goreng sekarang

dah tu pisangnye kecik, potong 4 pulak tu. secoet kecik je

Masa sblom kobid..sebijik pisang (bukan pisang nangka) potong 4. Rm2 dpt la 6 keping
Quote Lily_Elizabeth_ 14-6-2023 07:57 PM
Padanlah muka!!! Jual mahal mahal.
Quote jari10 14-6-2023 07:58 PM
Merungut dengan mengeluh sama tak?
Quote makita 14-6-2023 07:58 PM
Kurex replied at 14-6-2023 07:41 PM
Pernah terbeli indon punya. Minyak jah yach dekat pisang goreng tu

Jaga2 yach..kalau ada effect crunchy2 tu takut tuang myk skali plastik kikiki. Indon apa kisah
Quote airmineral 14-6-2023 08:04 PM
aku lagi suka goreng sendiri
sampai dia caramelized sket²
kt kedai xde lagi yg kena selera aku

bosan la juga sana sini pisang goreng, kopok lekor..huhu
Quote puccafan 14-6-2023 08:05 PM
Kalo orang betul2 susah, dia utamakan makan berat dulu. Setakat intermittent fasting tu, lama dah orang dok buat. Bekpes & lunch sahaja or lunch & dinner.

Time susah duit tak berapa nak ada, minum petang or jajan tu dikira benda mewah.

Dengan segala macam subsidi bakalan ditarik, baik awal2 latih diri makan macam orang susah.
#sayaorangbiasa
Quote pokokmeranti 14-6-2023 08:10 PM
krustykrab replied at 14-6-2023 07:34 PM
Minyak peket tu limited sampai skrg ke? Ingatkn nuart & raja formula dh siap ada formula utk kekang  ...

Minyak peket utk kegunaan rumah bukan utk berniaga.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041009 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top