Cik B mendedahkan dua orang pembantu rumah mereka hilang melarikan diri pada pagi Rabu. Difahamkan kedua-dua mereka sanggup memanjat pagar setinggi 12 kaki untuk keluar daripada kediaman mewah DS Vida.
Cik B berkata mereka menggunakan getah paip sebagai alat untuk memanjat pagar dan meloloskan diri. "Bibik (pembantu rumah) ambil tali paip ini dan sangkutkan ke luar, kemudian dia buat macam filem Mission Impossible la. Memang padu. "Merentasi dawai berduri, melompat 12 kaki demi lelaki. Kalau kekasih dia tak sayang dia lagi, tak tahulah nak cakap apa, sanggup lompat pagar 12 kaki dawai berduri. "Saya memang tabik. Untuk lelaki itu, jagalah bibik saya itu elok-elok ya. Dia satu dalam sejuta," katanya di TikTok.
Dalam video berdurasi 2 minit 47 saat itu, Cik B dan Vida atau Hasmiza Othman, 52, menunjukkan bilik pembantu rumahnya yang sudah ditinggalkan kosong. "Satu pesanan saya buat bibik Fadila dan Wati, saya tahu bibik suka main TikTok. Kalau video ini terlintas di TikTok bibik, saya nak cakap bibik nanti dekat luar sana berhati-hatilah. "Janganlah buat macam ini dekat orang lain. Kami sebenarnya memang marah tetapi perasaan risau itu lebih banyak kerana bibik sudah di luar penjagaan kami. "Jadi, jaga diri baik-baik dan jangan ulangi perkara yang sama di tempat lain. Kerja baik-baik," ujarnya. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT