Ditanya adakah selesa untuk bertemu dengan Ira Kazar selepas ini, Puteri Sarah mengunci mulut. “No komen,” katanyakepada Utusan Malaysia di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.
Sarah dan bekas suaminya, Syamsul Yusof, 39 sepakat untuk mengutamakan kebajikan anak mereka iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4, walaupun selepas sah bercerai dengan talak satu hari ini. Dalam perbincangan bersama sebelum ini, Syamsul akan menghadiri setiap majlis yang melibatkan anak-anak seperti majlis graduasi, sambutan ulang tahun anak-anak dan hari sukan di sekolah. “Alhamdulillah semua selesai, kami ada berjumpa semalam dan selesaikan semua,” katanya. Walaupun hak penjagaan anak sepenuhnya di bawah Sarah, namun Syamsul boleh mengunjungi anak-anak pada bila masa sahaja termasuklah menyambut hari raya Aidiladha
Terdahulu, Syamsul melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas. Hakim turut memerintahkan Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka. Sebelum melafazkan cerai itu, Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang. -CARI Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 14-6-2023 04:37 PM
buat masa ni mestilah tak nak berjumpa... tapi iols yakin lama kelamaan kita akan jadi matang... ben ...
dudaberhias replied at 14-6-2023 04:37 PM
buat masa ni mestilah tak nak berjumpa... tapi iols yakin lama kelamaan kita akan jadi matang... ben ...
ADVERTISEMENT