CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rashidi Ishak Sedang Diulit Bahagia Dengan Isteri Baru

14-6-2023 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2685| Komen: 20

Rashidi Ishak sedang diulit bahagia bersama isteri barunya yang juga pengarah drama terkenal, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Pernikahan pasangan yang berlangsung pada Februari lalu itu diadakan secara sederhana atas faktor usia.


Foto: IG

Katanya, dia mengajak Wan Haslina berkahwin secara spontan tanpa membuat perancangan majlis perkahwinan besar-besaran.

"Kami mula rapat selepas terbabit dalam penggambaran drama Kampung People 2 sejak tiga tahun lalu kerana saya banyak membantu Wan Hasliza di belakang tabir ketika penggambaran.


"Saya juga tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan percintaan kami, cuma saya dan isteri sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan tertutup sahaja," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya, Rashidi berkata, keluarga dan anak-anaknya menerima dengan hati terbuka apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula.


"Dua anak saya pun sudah dewasa, jadi mereka sangat memahami dan menerima keputusan saya untuk bernikah semula dengan hati terbuka."

Berkongsi lanjut, Rashidi juga sering meluangkan masa bersama anak-anaknya walaupun sibuk menjalani penggambaran dan pelancaran album terbarunya bersama kumpulan Dead Mushroom.



Terdahulu, Rashidi pernah berkahwin dengan pelakon Vanidah Imran pada Oktober 2000, namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Mariyam Rashika, 19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 14-6-2023 02:41 PM
hari tu masa dia join run badan dia cantik jugak. dulu rajin dia ngan vie join run. la ni macam atok - atok dah
Quote Login_ID 14-6-2023 02:50 PM
so acik jeri bila agaknya???
Quote SembangKari 14-6-2023 02:56 PM
Login_ID replied at 14-6-2023 02:50 PM
so acik jeri bila agaknya???

Hahaha. Mesti terkait ng Jeri. Jeri tengah kumpul sponsor kot. Nak buat wedding of the millenium.
Quote misstakkepoh 14-6-2023 03:04 PM
Couple kepam
Quote Suci_Murni 14-6-2023 03:06 PM
Edited by Suci_Murni at 14-6-2023 03:08 PM
misstakkepoh replied at 14-6-2023 03:04 PM
Couple kepam


OK la kepam.. Dr pakcik jeri yg x tau wujud ke x couplenya


Quote dudaberhias 14-6-2023 03:10 PM
pakcik jeri bila lagi???

bandi amuk suariti pun dah makin pandai bersiap... siap ada ngendeng2 dan dia mengendeng pelakon kacip... kurang2 orang tu wujud nyah...
yang hengko? sampai mati tak nampak rhoperrr gf businessswoman tuhh...

hujung2 duduk atas wheelchair je macam si bad...

Quote pembacagosip 14-6-2023 03:16 PM
cerita2 wan hasliza ni semua best2
out of box
x bosan..best..lawak..
Quote mizzmimi 14-6-2023 03:17 PM
Selebet je tapi nampak happy togeder.
Quote I.K.A888990 14-6-2023 04:21 PM
semoga berbahagia selaluuuuuu
Quote seri_mawr 14-6-2023 04:24 PM
awat dua2 mcm selekeh...

apa pun semoga kekal sampai akhir hayat...
Quote tikusmontok 14-6-2023 04:33 PM
Bila la acik ni nak sambung keluarga iskandar?
Quote wirazam 14-6-2023 05:42 PM
Sebelum ni wan hasliza tu ibu tunggal ke
Quote telracs 14-6-2023 08:36 PM
Selekeh ke... Kepam ke... Saya lagi suka tengok diorang ni... Kehidupan sebenar untuk dinikmati...
Berbanding yang sakan melaram dalam gambar untuk nampak classy..
Juga berbanding jera jeri yang pongpang begitu begini tapi nan hadooo...

Go shidi go...
Quote moonela 14-6-2023 08:40 PM
telracs replied at 14-6-2023 08:36 PM
Selekeh ke... Kepam ke... Saya lagi suka tengok diorang ni... Kehidupan sebenar untuk dinikmati...
B ...

Setuju dgn acik... Manusia and judgement berpisah teda.. Serba tak kena.. Betullah kata pepatah kita baik pun orang mengata...
Quote anony-mous 14-6-2023 09:05 PM
telracs replied at 14-6-2023 08:36 PM
Selekeh ke... Kepam ke... Saya lagi suka tengok diorang ni... Kehidupan sebenar untuk dinikmati...
B ...

Benar sister. I tgk pon sama2 kepam tp mgkin tu diri sebenar heols jenis x perlu bersiap over asalkan selesa n hepi
Quote rosevelvet 14-6-2023 10:56 PM
telracs replied at 14-6-2023 08:36 PM
Selekeh ke... Kepam ke... Saya lagi suka tengok diorang ni... Kehidupan sebenar untuk dinikmati...
B ...

Kannnn. Xde le kepam mn pun. Stkt dress harian yg biasa dipakai. Begitulah realitinya. Tgk ler diri sdiri or mak pak masing2 kt umah or pegi psr. Lebih kurang je kannn
Quote rosevelvet 14-6-2023 10:57 PM
tikusmontok replied at 14-6-2023 04:33 PM
Bila la acik ni nak sambung keluarga iskandar?

Keluarga iskandar mmg best. Boleh lyn
Quote awenda507 14-6-2023 11:11 PM
Potong rambut elok2 bag shidi plz. Kepam benau nengokkan
Quote sayawifenikmie 14-6-2023 11:14 PM
nampak kepam
tapi kalau dia bersiap
smart lah balik (tak sampai hati nak kata handsome hehe)

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.244109 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top