CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sempat Cium Tangan Sebelum Lafaz, Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Sah Bercerai Talak Satu

14-6-2023 01:04 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14331| Komen: 192|Original author: Saiful

Kemelut rumah tangga akhirnya tamat! Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Foto: Awani

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Puteri Sarah sempat mencium tangan Syamsul buat kali terakhir sebelum cerai dilafazkan dan masing-masing kelihatan tenang .

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.


Foto: Kosmo

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.



Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.


Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,. –CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-6-2023 01:06 PM
alhamdulilah akhirnya selesai jugak... sol dah tak payah keje part time jadi kementerian kesihatan pergi fogging kawasan denggi pakai kete lambo heolss yang berasap tuhh...

lepasni boleh la hidup aman2 jadi tukang cuci pinggan kat rumah kazar...

Quote hyie 14-6-2023 01:07 PM
ok, netizen semua dah boleh berehat sekejap
Quote heythere123 14-6-2023 01:07 PM
selamat maju jaya PS
Quote stingergrumpy 14-6-2023 01:07 PM
Soalan dari anak jiran aku yg 3 tahun....

Tuduhan PS yg SY pernah dua kali lafaz cerai sebelum ini satu pembohongan?

Adakeww kes saman PS terhadap IK masih akan diteruskheun?
Quote TerataiMelur02 14-6-2023 01:09 PM
Bila tengok video ps lambai2 tu teringat shu shelup
Quote TerataiMelur02 14-6-2023 01:12 PM
Apa pun ik dah boleh ketawa riang sebab dah berjaya menjadi satu2nya isteri solident. Takde insecure lagi. Aman jadi tai2
Kazar pun sujud syukur sebab anaknya berjaya kawin dengan orka walaupun sedar anak heols rempit
Quote kikilalapooh 14-6-2023 01:13 PM
tak sabar nak tengok kes ps vs IK pulak lepas ni.
Quote MatDeghem 14-6-2023 01:14 PM
stingergrumpy replied at 14-6-2023 01:07 PM
Soalan dari anak jiran aku yg 3 tahun....

Tuduhan PS yg SY pernah dua kali lafaz cerai sebelum ini  ...

soalan dari anak jiran atau suara halus yang lu dengar ...... hehehe





Quote sofea86 14-6-2023 01:17 PM
stingergrumpy replied at 14-6-2023 01:07 PM
Soalan dari anak jiran aku yg 3 tahun....

Tuduhan PS yg SY pernah dua kali lafaz cerai sebelum ini  ...

Kadang bukan pembohongan tapi pihak lelaki boleh nafikan dengan  lafaz tpanpa niat...jadi, Hakim tetapkan talak je... (Berdasarkan pengalaman sendiri ????)
Quote nsmy 14-6-2023 01:19 PM
Finally...
Masing2 boleh move on dan teruskan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik....
Quote ira_229 14-6-2023 01:20 PM
kikilalapooh replied at 14-6-2023 01:13 PM
tak sabar nak tengok kes ps vs IK pulak lepas ni.

bulan august ni...aku pun tak sabar dari kes cerai dia..


Quote stingergrumpy 14-6-2023 01:20 PM
MatDeghem replied at 14-6-2023 01:14 PM
soalan dari anak jiran atau suara halus yang lu dengar ...... hehehe

Sore halus iteww sore mak ko bangkit dari kubur....cari ko....nak tanya ko bila nak ziarah kubur dia? Nisan pun dah tumbang ditiup angin...


Kahkahkahkah
Quote Manusiabesa 14-6-2023 01:21 PM
Iddah pun dia tu jenis keje. Kena la kluar kje nnt, urusan lain bole la cncel xjoin. Jgn pasni netizen lembam suh ps dok umh. Keja weii keja. Yihh sedih pulak aku tgh masak tgh2 hri ni. Ps, hugs!!!
Quote msdummy.2018 14-6-2023 01:22 PM
Selalunya gituhlah cik sofeaaa punnn...memanjang terrrrr, xder niat..hbs tuh ugut???
Quote jiwakacau06 14-6-2023 01:22 PM
TerataiMelur02 replied at 14-6-2023 01:12 PM
Apa pun ik dah boleh ketawa riang sebab dah berjaya menjadi satu2nya isteri solident. Takde insecure ...

jering rempit dh ank 2 dgn kude pn insecure dgn janda laki smpai mampus...ni kan pulak ik ug xda ank lg...
Quote mangkok 14-6-2023 01:22 PM
Semoga ini menjadi titik permulaan kehidupan yg jauh lebih bahagia untuk PS dan anak-anak nya. Ketenangan dan rahmat dari Allah bagi yg telah lama di khianati.
Terlerai sudah ikatan hubungan yg toxic, moga di datangi ketenangan dan kebahagiaan yg berkali ganda.
Bagi yg telah menyondol….eh, eh….menadah tangan dan bahagian yg lain nak sangat hak orang lain, ambil lah sekali ke-toxic-an yg berserta.
Quote ira_229 14-6-2023 01:22 PM
nsmy replied at 14-6-2023 01:19 PM
Finally...
Masing2 boleh move on dan teruskan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik....

mesti PSL tak kisah talak ke berapa rasanya dia pun dah taknk kembali dah..! penat jadi isteri samdol biopolar..
Quote Manusiabesa 14-6-2023 01:22 PM
Agak2 ik dduk mana  hrini. Rumah ek. Tgh buat apa ye. Setan dlm dada ik tu mesti besorak. Xpe. Tgok cnth izreen tu. Bkn bhgia pun. Buat2 bhgia pdhal hati dia xpenah tenang.
Quote TerataiMelur02 14-6-2023 01:23 PM
Mesti ira dah masak sotong tumis untuk menybuy kepulangan solident dari mahkamah

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043196 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top