CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ni Bukan Simple, Ni Kayangan” –Intan Najuwa Masak Kambing Malam-Malam Jadi Perhatian

14-6-2023 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2244| Komen: 15

Intan Najuwa berkongsi video memaparkan dirinya sedang memasak di laman sosial TikTok.

Intan dilihat sedang menyediakan juadah kambing bakar, kentang lenyek dan sayur asparagus sebagai makan malam yang dikatakan ‘simple’.


Foto: IG

“Campak-campak je you, maksud simple tu yang mudah di masak. Masing-masing ada masakan simple sendiri. Love,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen raamai yang terhibur dengan masakan ‘simple’ aktres tersebut yang menghidangkan kambing bakar untuk makan malam.


Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berseloroh masakan simple selalunya hanyalah telur, nasi dan ikan bilis sahaja.


“Dia punya simple lain macam. Aku kalau simple goreng ikan bilis, campak bawang cili je. Ni bukan simple mat, ni kayangan.


“Dia punya simple yang memerlukan kerajinan yang tinggi. Aku punya simple, nasi, telur mata, kicap,” tulis netizen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-6-2023 01:27 PM
kayangan apoooooooooooo.... ingatkan tomahawk...

normal lah masak2 gitu especially kalau ada anak2 sekarang...
sekali sekala nak juga makan kambing grill etc

tapi makan sesekali je lah... kalau hari2 harus semua kena strok berjemaah...

tengah2 masak tiba2 jadi patung mannequinn... rupanya mak kena strok...

Quote melinda_kerr 14-6-2023 01:34 PM
petite dn budak2 sgt muka sheols kan. kdg nmpk mcm budak2 berpakaian org tua..
Quote Cassieopeia 14-6-2023 01:38 PM
simple ko dgn simple dia lain. sibukla nitizen n banding dgn diri sendiri
Quote makadek 14-6-2023 01:44 PM
melinda_kerr replied at 14-6-2023 01:34 PM
petite dn budak2 sgt muka sheols kan. kdg nmpk mcm budak2 berpakaian org tua..

Aku suka btl tgk pompan petite
Quote fair_iza 14-6-2023 01:46 PM
Dia msk sdp2 tp bdn x gemuk....jelessss
Quote makton 14-6-2023 01:47 PM
ape yg kayangan nya? takat kambing gitu aku slalu je grill kambing perap PMW bila2 aku nak. sentiasa ada stock dlm esbok aku. lagi jimat masa takyah campur2 sos nak perap2.
Quote orkidorkido 14-6-2023 01:50 PM
Dahsyat bodo budak sekarang, macam tu pun kayangan. Aku letak sotong dalam megi aku sebab malas nak masak benda lain, nak makan simple simple jer, kira kaya raya jgk ke?
Quote jihyomelly 14-6-2023 01:52 PM
xde la kayangan mana..netizen ni memacam..tapi nampak memang dia jenis yg pandai buat keja dapur memasak semua sbb x kekok x mcm stengah retis nak masak apa pun x tahu
Quote sukacactus 14-6-2023 01:54 PM
Agaknya yg komen kayangan bagai tu hadap menu rahmah je hari2
Quote Rogue98 14-6-2023 01:55 PM
Lain kali beli la pakmatwestern lagi simple ...campak terus ke pan. Sauce pun dah ada.
Quote moonela 14-6-2023 02:17 PM
melinda_kerr replied at 14-6-2023 01:34 PM
petite dn budak2 sgt muka sheols kan. kdg nmpk mcm budak2 berpakaian org tua..

macam budak sekolah kan?
Quote prizadane 14-6-2023 02:21 PM
Walaupun sheols seksi, anak orang kaya, tapi tak kekok di dapur. Okay la… so iols takde sebab la nak benci sheols.

Cuma BBNU zaman skrg ni sikit sikit nak terkesima… apo masak simple gini pun terkesima
Quote I.K.A888990 14-6-2023 03:41 PM
rajin dia ni masak2
sedap2 pulak tu
Quote cattiecute 14-6-2023 03:51 PM
yang koban2 budak2 sekarang nak memuja muji retis
takat makan gitu pun kata kayangan
orang lain makan je gitu time mood malas memasak datang
ingat ke makan apa la yang kata kayangan sangat tu
jangan kata dia masak banyak sebab kayangan sebab dia ramai orang nak makan
kot budak2 bbnu beli 1 paket 300g share 4 orang ke kan
Quote rosedemon 15-6-2023 08:59 AM
xlwa dekk cuba lagi lain kli ya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.088565 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top