CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadlan Hazim Dedah Proses Nak Kahwin Dengan Tunangnya Ambil Masa Lama, Banyak Dokumen Kena Uruskan

14-6-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1725| Komen: 14

Umum tahu, Fadlan Hazim dah bertunang dengan wanita berasal dari Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, pada Oktober tahun lalu.

Fadlan mendedahkan bahawa persediaan bagi perkahwinnya agak panjang dan sedikit rumit memandangkan dia akan berkahwin dengan seorang wanita bukan tempatan.


Foto: IG

"Setakat ini perhubungan (di antara kami) okay sahaja tapi bila kita nak ke arah yang lebih serius iaitu perkahwinan. Nak kahwin dengan wanita bukan warganegara ni prosesnya sangat banyak.

"Macam selalu orang kita kena pergi pejabat agama, nikah di masjid lepastu dah selesai boleh terus nikah.

"Macam saya pula, contohnya saya kena pergi ke pejabat Kementerian Luar Negeri, pejabat kedutaan dan sebagainya jadi ia mengambil masa yang agak lamalah sebenarnya," katanya kepada OhBulan.



Namun begitu, meskipun sibuk dengan kerjanya, dia berasa sangat bersyukur kerana segala dokumen penting berkaitan hal perkahwinannya hampir selesai.

"Sekarang ni dokumen penting hampir selesai selepas saya mula buat semua ni (urusan hal perkahwinan) dari bulan Januari yang lalu sebab sibuk dengan kerja dan sebagainya.


"Jadi, Alhamdulillah semuanya hampir selesai."

Sementara itu Fadlan mendedahkan bahawa ia bukanlah satu cabaran buatnya ketika diminta untuk berjalan di atas papan berpaku ketika berada di Kazakhstan, sebaliknya hanyalah sekadar aktiviti yang menarik untuk dilakukan.


"Saya sendiri sejenis yang suka mencuba benda-benda baharu, dan waktu itu pun mereka (keluarga Aiya) tidak cakap yang perkara tersebut merupakan cabaran ataupun ujian kepada saya.

"Ia hanyalah satu aktivit yang menarik untuk dilakukan dan saya pun jenis yang agak gila-gila juga jadi saya cubalah.



"Kita pun ada budaya-budaya yang seperti itu cumanya mungkin kita tak praktik, dan mereka walaupun budaya atau adat tu dah lama, mereka masih praktikkan tak kira mereka dari keluarga moden ataupun tidak." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yifitvaz 14-6-2023 12:40 PM
These days, we frequently engage in poppy playtime play. This is due to the fact that our children are now older.
Quote dudaberhias 14-6-2023 01:15 PM
tak habis dengan cerita nak kahwin bagai dia ni dari haritu...
hujung2 basi jah macam syafiq kyle...

mujur la herlok... tapi tu la herlok2 pun hujung2 pilih cikki rhoper amoi jual sayur kat pasar malam jah... penat2 ko import dari luar negara atleast kokesen la nokkk ni gigih meredah gunung bagai ala2 mencari permata ular di tibet... hujung2 rhoper gini jah... rugi nyah..

Quote Sesuatu… 14-6-2023 02:11 PM
Ramai org KZ cantik2 hensem2 tp hat ni muka biasa je. Till jannah both of u
Quote mawarkhayalan99 14-6-2023 05:19 PM
kawin jela cepat dua2 pun kepammm to the max
Quote I.K.A888990 14-6-2023 07:51 PM
kang dgn org lain jgk hang kawen
Quote sambaldurian 15-6-2023 12:37 AM
Aiyoh ujian pijak papan berpaku , ujung2  muka ala nusantara juga versi seksi. Xpela dh terpesona nk wat cmne. Lgpun setgh wanita nusantara skg dh ke arah 'self love' sbb risau dpt bewok.
Quote kitmal9545 15-6-2023 06:54 AM
demi cinta walaupun import ala ala kat sini pun sama juga
Quote miszclassique 15-6-2023 07:16 AM
Sorry tapi rambut gegirl tu nampak busuk tak terjaga
Sesuai la kot dengan fadlan yang makin busuk jgk
Quote rosedemon 15-6-2023 08:59 AM
xlawa lgsg. dah la over kat tiktok pmpuan ni
Quote lasagna 15-6-2023 09:15 AM
ehh bkn dlu dgn minah chinese ke? oooo tukar dah skrg..
Quote watachiwa 15-6-2023 09:56 AM
lasagna replied at 15-6-2023 09:15 AM
ehh bkn dlu dgn minah chinese ke? oooo tukar dah skrg..

kan kulur kilir dgn chinese tu. yg tu shoe designer kan?
ade org ty dia psl amoi tu hangen mamat ni. hahahahahaha
Quote dagusengett 15-6-2023 09:58 AM
takdela rumit mana process nak kawen dgn warga luar kat msia ni
cuma masalah visa la sbb depa on tourist pass 30 hari je kena settle paperwork and nikah sekali cepat2 la
Quote lasagna 15-6-2023 11:47 AM
watachiwa replied at 15-6-2023 09:56 AM
kan kulur kilir dgn chinese tu. yg tu shoe designer kan?
ade org ty dia psl amoi tu hangen mamat n ...

ohh ye ke? hangin tak pepasal ni ada lah tu citenya..
Quote watachiwa 16-6-2023 09:30 AM
lasagna replied at 15-6-2023 11:47 AM
ohh ye ke? hangin tak pepasal ni ada lah tu citenya..

kan.. kita pon tertanya2 jugak apsal x jd dgn chinese tu. sebab tengok kulu kilir tu level apa dah.
hahahaha.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.088538 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top