CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berseri-seri Watie, Majlis Malam Berinai Mewah Diimpikan Jadi Kenyataan

14-6-2023 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3702| Komen: 40

Meriah Watie Hanafiah berbusana berona 'shocking pink' diraikan dalam majlis malam berinai bertemakan Arabic Night di Glasshouse at Seputeh, malam tadi.

Seronok tunang kepada pelawak Shuib itu dapat merealisasikan impiannya untuk mengadakan Majlis Malam Berinai sebegitu sebelum bergelar isteri.




IG Gempak

"Alhamdulilah saya bersyukur dan gembira kerana impian saya hendak mengadakan majlis malam berinai yang saya impi-impikan tercapai malam ini.

"Saya suka dengan tema negara Arab ni kerana ia lebih meriah lebih-lebih lagi dapat diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat," katanya kepada Gempak.



IG Gempak

Dalam majlis berkenaan Watie lengkap berbusana bertemakan negara padang pasir itu berseri-seri duduk di atas pelamin gah sambil jari jemarinya diinaikan merah.

Tidak seperti kebiasaan, Watie memberitahu dia terpaksa mengadakan Majlis Malam Berinai itu lebih awal iaitu 10 hari sebelum bergelar isteri kerana mengikut kelapangan Shuib.


IG Shuib

"Sebenarnya Shuib ni terlalu sibuk dan jadualnya padat, jadi hanya pada tarikh ini kita dapat adakan majlis pada malam ini.

"Lagipun saya lebih suka ia diadakan lebih awal supaya selepas ini dapat fokus pada majlis pernikahan sahaja nanti," kongsinya lagi.

Dalam majlis berkenaan Shuib turut hadir di pertengahan acara bersama anak-anak dan ibunya sedondon mengenakan busana berwarna sama seperti tunangnya.



Pada petang tadi pula, Majlis Khatam al-Quran Watie bersama kumpulan marhaban selesai dijalankan dan ia dihadiri hanya keluarga terdekat mereka.

Kedua-dua majlis itu juga akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 14-6-2023 08:23 AM
Kemain 'anak dara' diraikan
Bakal suami pun kemain menayang muka, takde segan silu
Quote laksmanabentan 14-6-2023 08:35 AM
wahhh majlis berinai 10 hari sebelum nikah tu....
masih berseri lagi ker tu???

ini kira ala2 countdown la ya...
besok majlis apa pulak tuh.....
Quote moonela 14-6-2023 09:10 AM
lorrr ingatkan dah nikah
kenapa I nampak si wati senyum meyeringai disebalik net nampak gigi
macam si syu 2.0 jahhhh


ampunnnkan sayyaaaa
hahahaha
Quote cattiecute 14-6-2023 09:12 AM
buruknya tema ko noks
2023 dah kot
tema2 arabic baju gitu
badan pun boyak macam mak susukan anak kecik
tetek jangan kata la
bengkak susu punya
Quote adeqbun 14-6-2023 09:15 AM
sederhana btol..tp xpela..ni la kot dream wedding die...jgn pertikaikan soeb tigle dude..sbb mgkin ni yg watie nak..
Quote minahsenget 14-6-2023 09:17 AM
confirm bukan mua thai yg make up
Quote afie_m 14-6-2023 09:19 AM
suka hati hang lah watie...
Quote ciksom 14-6-2023 09:21 AM
Si wati ni dah pernah kawin atau masih anak dara?
Quote miss_perfect 14-6-2023 09:30 AM
I thought acara macam ni untuk perempuan sahaja... Ada lak si Shuib ni menempel sekali. Dah la pakai sedondon.
Quote maharani_gebu 14-6-2023 09:32 AM
ciksom replied at 14-6-2023 09:21 AM
Si wati ni dah pernah kawin atau masih anak dara?

dara yang tak berapa nak dara lar.... oooppsss!
Quote mizruncing 14-6-2023 09:37 AM
mcm tema dinner org gomen je cepat laa habis cerita korang ni
Quote kakakgarang 14-6-2023 09:38 AM
tak class nya tema.. ayoooo... KG dot com sgt
Quote KucingBiru 14-6-2023 09:41 AM
Tatau la iols ada feeling tak best dengan watie ni.. sekarang syok la si Ib tu tengah duda masuk air.. tunggu lepas 3-4 tahun dengan anak anak tiri membesar, Watie ni sejenis ex-geng farah mendoza
Quote Burong_Hantuk 14-6-2023 09:57 AM
arabic nite??? so yesterday!!!
Quote Honey_Inara 14-6-2023 10:15 AM
So membazirlah malam berinai bagai nih
Quote Manusiabesa 14-6-2023 10:16 AM
Aku ni tetiap kali nengok watie..aku nmpk delimawati hantu kak limah tu. Cenggitu la rupa dia. Sbijik. Mmg mcm mak2 punya template dia ni ye.body letop laa.. arwah kalah awal la part body dgn size dada. Muka tu..muka.. delimawati.
Quote tintin22 14-6-2023 10:16 AM
Quote ayukpingu 14-6-2023 10:17 AM
KucingBiru replied at 14-6-2023 01:41 AM
Tatau la iols ada feeling tak best dengan watie ni.. sekarang syok la si Ib tu tengah duda masuk air ...

majlis inai ni tetiba reminds me event2 Addy Kana yg dia pernah join dulu pulak..oppss.ada dancer2 masa entrance, posing bontot lentik lentik

Quote manehnya 14-6-2023 10:33 AM
miss_perfect replied at 14-6-2023 09:30 AM
I thought acara macam ni untuk perempuan sahaja... Ada lak si Shuib ni menempel sekali. Dah la pakai ...

majlis berinai bakal bini crown prince jordon pun semua perempuan saja, x dak kalut bakal laki nk interprem.. cuihhh...

ni brapa hari berapa malam pulak dia pnya sambutan, kalah majlis anak raja ... now u see soeb ensem sbb dia tanam rambut lepas arwah ninggal, masa dok ngan arwahnya bini, muka mcm buruh binaan je

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.129279 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top