Fathia Latiff sekali lagi menjadi buah mulut selpeas tampil dengan pemakaian tidak bersesuaian dengan imejnya bertudung. Aktres drama rantaian Ariana Rose itu berkongsi beberapa gambar dan video memaparkan dirinya berbusana merah serta mengenakan hijab rona hitam.
Menerusi video tersebut, Fathia bersama adiknya menghadiri acara pertunjukan fesyen anjuran jenama kereta mewah terkenal dunia. Menjengah ke ruangan komen, Fathia dikritik netizen gara-gara penampilannya itu yang dikatakan tidak bersesuaian dengan imej wanita berhijab. Namun, segelintir netizen berfikiran baik dan berpendapat bahawa mungkin Fathia memakai ‘inner’ mengikut warna kulitnya itu.
Bagaimanapun, Fathia dilihat tidak mengendahkan komen tersebut dan menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Sumber: Xtra |
Incanto replied at 14-6-2023 08:22 AM
cantik adik dia bertiang
ni yg doktor tu ke?
moonela replied at 14-6-2023 09:14 AM
lawyer - Fanna
yang doktor Fasiha
heythere123 replied at 14-6-2023 12:53 PM
ingatkan teruk sangat pemakaian sheols, rupanya netizen yg over
aciksenah replied at 14-6-2023 02:09 PM
Netizen ni memang kerja diorang tilik aurat...maafkan diorang...
heythere123 replied at 14-6-2023 02:52 PM
i mean kalau melampau tu kita paham la, ni setakat cenggitu je
aciksenah replied at 14-6-2023 03:40 PM
Diorang kalau rambut seurat keluar pun diorang boleh nampak tau...
ADVERTISEMENT