CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Tahir Tertekan Tengok Harga Tiket Konsert - 'Saya Minta Maaf Banyak-Banyak'

13-6-2023 08:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4476| Komen: 77

"Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya tertanya juga 'wow harga tiket macam ini ya'."

Faizal Tahir menjelaskan isu harga tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang didakwa mahal di luar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan itu.


Mengakui terkejut pada awalnya, Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, bagaimanapun menyerahkan urusan penjualan tiket sepenuhnya kepada pihak penganjur.


IG

"Soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Tapi perkara ini saya sudah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan tapi seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket ini.

"Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan apa yang mereka jangka daripada saya," katanya kepada pemberita.


Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Faizal mengakui sedikit tertekan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan. Namun, dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.

"Mungkin ini sedikit sebanyak salah saya juga kerana tidak ambil pusing sangat berkenaan harga tiket yang ditawarkan kepada penonton.

"Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah.

"Sejujurnya ia memberikan sedikit tekanan buat saya apabila melihat harga tiket seperti itu. Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi," ujarnya.


IG

Faizal bagaimanpun mengakui sedikit kecewa apabila harga tiket itu dipersoal sedangkan peminat sanggup membayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara.

"Ini satu persoalan yang bagus untuk masyarakat kita lihat sendiri. Boleh saja kalau saya nak cakap fasal isu ini tetapi saya bukan jenis seperti itu.

"Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan.

"Saya rasa dengan pengalaman 17 tahun menyanyi, Alhamdulillah saya sudah dapat menghasilkan karya yang cukup baik untuk dihargai peminat bagi membayar harga sebanyak itu," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila peminat mempersoalkan harga tiket konsert Aku Faizal Tahir Live In KL dijual dengan harga yang mahal.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September ini dijual dengan harga tiket bermula RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP).


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-6-2023 08:49 PM
Entah lah... Penganjur pun bangang... Baik pergi konsert ella jah tiket paling murah pun RM99.... Lagi berbaloi dengar nek ella nyanyi ala2 radio...
Dari nak kena hadap suara serhoper mesin tebu lepastu dah la tak hensem... Harapkan lagu je sedap.... Tapi kalau bab nyanyi lebih baik di gantikan dengan mesin ais kacang....

Kalau ada sesi bukak baju tayang puting coco crunch serhoper taik kambung tu pun masih tak berbaloi... Dengan tiket mahalnya...

Quote awanearisu 13-6-2023 08:54 PM
Moralnya, jangan serahkan bulat-bulat kepada penganjur. Perlu ambil tahu juga sedikit.
Quote awanearisu 13-6-2023 08:54 PM
Nasi dah jadi bubur.
Quote heythere123 13-6-2023 09:14 PM
agak2 setlist ni berapa lagu dengan harga level tu? iols tengok Dreamies haritu pon dapat la 30 lagu jugak.

yang pasti Dreamies lagi murah + buat dekat axiata lagi
Quote KucingBiru 13-6-2023 09:23 PM
Paling murah 488?

Berani betul FT proceed harga tix cam gini. Ticket Ella pun paling murah 99. Ticket Ecah dengan orchestra MPO pun 255.

Quote doubleA 13-6-2023 10:18 PM
Tengok jela berapa org penonton hadir nanti, ada tak mak2 datin bawa geng nak tengok FT. Good luck
Quote Piramida 13-6-2023 10:22 PM
Dah jual ke?
Nanti kot2 postpone kita tahulah tu tak terjual.

Tp ramai lah tu pemenat2 dia ni sudi beli.
Quote Blessed_Servant 13-6-2023 10:49 PM
Acah2 caring dengan kemampuan dan masalah financial rakyat marhaen yg support dia.
Quote Madel 13-6-2023 10:57 PM
Edited by Madel at 13-6-2023 02:58 PM

Aku tak kisah keluar duit n beli tiket mahal kalau performance nya letop ,.macam konsert Jackson Wang aritu or Kang Daniel.
shirtless dgn body lazat slurp bergizi + sexy letop sangat berjijir ayak lio
Ni dah la tiket mahal, tayang badan tpi perut buncit conteng2 huruf S acah superman
.chooi
kuasa euw
Quote doubleharmonic 13-6-2023 10:58 PM
bakalan di nek ani kan lah konsert ko ni nanti dengan harga tiket mahal gitu. dah la kepam tak helok ada hati nak caj orang mahal2 nak tengok muka ko yang nan hado tu yihhhhh
Quote eLiaD 13-6-2023 11:04 PM

he needs to be cancelled !
#kepam
#tamak
RiP
Quote laksmanabentan 13-6-2023 11:08 PM
kerlasss.... ini betul2 exclusive and intimate konsert wokey....
Quote adiwarna 13-6-2023 11:12 PM
Kalo 17 tahun lalu maybe peminat akan consider spending a bit sbb ko best giler kalo live show, tapi skrg sore ko selalu ke laut dan takde apa2 tarikan lagi nak tgk ko imho....unfortunately, that's the case...

But, lagu ko mahakarya cinta tetap one of my all time fave songs....no doubt
Quote naina 13-6-2023 11:19 PM
Nampak sangat ko dipergunakan oleh penganjur. Yup setuju dengan forumer lain. Dulu dia hensem smart dan kemas kot. Kenapa sekarang serabai giler. Taulah dah berusia. Tapi agak2lah..dulu aku crush kot dengan dia..bila dia perform kat AJL tu Especially masa kaki dia sakit tu perghhhhh mantap okeh. Terserlah kejantanan. Tetap gagah berkerja walau kaki tempang.
Quote CiliPadiSedap 13-6-2023 11:45 PM
Kak ella lagi bagus. Ella pewwitt ratu rock malaysia
Quote lililen 13-6-2023 11:52 PM
Boleh pulak persoalkan tiket artis luar lg mahal tp sanggup beli. Hello konsert dewa19 yg lg legend hari tu pun xde mahal mcm ni. I is kecewa. Ni mesti penganjur berangan nak untung byk.
Quote eLiaD 13-6-2023 11:58 PM
Edited by eLiaD at 13-6-2023 11:59 PM

nk tgk ell concert dh ade at youtube Konsert Ella 2.0 jilid akhir


RiP
Quote orangbiasaje 14-6-2023 12:09 AM
Entah lah fezal...kalau mcm abam nuar zain tu bleh terima lagi, performance dia bukan calang2, very the personal, soft, and corporate. Performance dia sekali pergi rasa mcm terapi...
Quote silampumeja 14-6-2023 12:20 AM
Konsert cakra khan dr seberang pun rm218 je pling murah. Iols tak minat sangat dia ni. So tak rasa nak gi unless free...hahahaha

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046960 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top