CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakonan Memang Berbisa Dan Mantap! Mimi Lana Dan Siti Hariesa Dipuji-Puji

13-6-2023 07:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1434| Komen: 5

Drama yang pernah mencetuskan kontroversi terbitan Erma Fatima, Perempuan Itu semakin mendapat tempat di hati penonton sejak ia disiarkan pada 1 Jun lalu.

Di TikTok ramai berkongsi klip video adegan drama berkenaan sekaligus memuji lakonan yang dibawakan oleh Mimi Lana (Khalis) dan Siti Hariesa (Siera).


Foto: IG

Ramai menyifatkan lakonan kedua-dua aktres itu sebagai sangat profesional kerana berjaya membawakan watak sebagai seorang isteri yang tersakiti dan watak ‘penyondol’ dengan baik.

“Terbaik Mimi Lana berlakon. Makin mendebarkan cerita ni.

“Mimi ni kalau berlakon memang superb! Bagi lah watak apa pun.

“OMG! Khalis Amazing gila dalam episode ni. Salute! Tak semua isteri boleh terima dan izinkan suami berpoligami especially si suami tu ada hubungan terlarang dibelakang isteri. 

“Tersangat hebat lakonan you Mimi dan Siti Hariesa. Proud of you!


“Terbaik Mimi & Siti Hariesa.

“Banyak-banyak drama yang you played Mimi, ini adalah drama paling best yang karakter you bawa.

“Tak sangka, Siti Hariesa dan Mimi boleh bawa watak macam ni, hebat. Memang terbaik!,” komen netizen.

Terdahulu, Mimi Lana menerusi hantaran di Instagramnya sebelum ini berkata, walaupun drama tersebut pernah terpalit dengan kontroversi, namun banyak pengajaran tentang ilmu agama dan hak sebagai seorang wanita boleh diambil dalam drama tersebut.

“Selama saya menjalani pengambaran drama ini, saya sendiri banyak belajar hal hal baru tentang ilmu agama, hak-hak sebagai seorang wanita di dalam sesebuah rumah tangga dan yang paling penting adalah tentang martabat dan tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk hidup di dunia ini.

“Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan.

“Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran dan teladan,” katanya. -CARI

Sumber:  XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-6-2023 07:57 PM
lakonan memang la meletop berbisa... tapi masalahnya kenapa acikkkk sore mesin tebu erma patimah tu kena ambik jugak jantan kepam rhoper macam peti ais tu jadi hero... dah la berlakon nak buka mulut pun payah... baik bubuh patung ventriloquist je terus dalam drama tu dan biar jul arippin tu pegang patung tu untuk bercakap sambil kemam mulut...

lepastu kenapa ye heroin mesti ambik cantik2... sekali hero sehodoh yang boleh di jumpai kat malaysia ni... kalau boleh bubuh ebby yus tu pun korang sanggup bubuh ye nak pedajal acik2 kat rumah supaya jadi andartu...

nauzubillah min zalik...

entah la mujur free drama ni jadi iols tengok la jugak sikit2 kat tonton... tapi most of the time nak termuntah tengok jantan mata terbeliak2 tu dengan mulut tak reti nak bukak... choiiii... baik ko bubuh peti ais je terus sebagai hero... peti ais tu lagi mampu menghayati watak...

buruk betul citarasa2 producer pompuan kat malaysia ni... patut la bila tengok laki theyols pun tak berselera... kalau laki theyols meminang nak bagi jambatan emas macam puteri gunung ledang tu pun iols akan tolak pinangan tu dengan lebih dahsyat dari puteri tu...

Quote Piramida 13-6-2023 08:00 PM
Takdelah sampai terlebih berbisa or mantap... Biasa2 je tp oklah memberi kesan.
Quote I.K.A888990 13-6-2023 08:25 PM
mimi lana mmg bagus berlakon..aku sukaaa hang..
mmg menyerlah
tapi kalau citer ni keluar kat tv lg bagus tapi tu la hanat ayam pi buat scene bodoh jijik tu pulak
Quote kaedahnya 13-6-2023 10:45 PM
muka macam nak sama pulak
Quote Kancilkering 14-6-2023 12:41 PM
comel doctor concubine tu ye…..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036337 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top