CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tersengih Shuib, Watie Hanifiah Perdengarkan Bacaan Surah Lazim Sempena Majlis Khatam Al-Quran

13-6-2023 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3882| Komen: 41

Ayu bakal isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah, 35, memakai busana berona ungu ketika memperdengarkan bacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Glasshouse di Seputeh, Kuala Lumpur petang tadi, diiringi guru agama Hajah Noriah Jalil dan 10 orang dari Kumpulan Marhanan Annur Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Nakhoda (LKPI), Selayang yang turut membacakan doa.



IG

Antara surah lazim yang diperdengarkan adalah empat Qul, Annas, al-Kawthar, al-Asr dan banyak lagi.

Ketika ditemui Gempak, Watie memberitahu dia mengambil keberkatan mengadakan Majlis Khatam al-Quran sebelum menjalinkan ikatan yang sah sebagai isteri kepada Shuib pada 23 Jun ini.


IG


"Alhamdulilah saya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini sebelum bergelar isteri tidak lama lagi.

"Saya pun berpeluang mendapat tunjuk ajar oleh seorang ustazah selama seminggu.

"Saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan seperti yang saya idamkan selama ini," katanya.


IG

Sementara itu, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 38, dilihat turut hadir bersama anak-anaknya sedondon dengan Watie yang memakai busana warna ungu.

Majlis diadakan dalam cukup sederhana dengan kehadiran 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarganya dan sahabat handai.

Majlis itu akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.


IG

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 13-6-2023 07:35 PM
Putih melepak bininya ..
Quote TerataiMelur02 13-6-2023 07:40 PM
Hidung tu kenapa?luka ke?

O ya..rasanya kalau rantai tu tak pakai kat luar lagi nampak kemas.
Quote dudaberhias 13-6-2023 07:44 PM
apa2 je lah nok... cepat2 la kahwin...

Quote I.K.A888990 13-6-2023 08:35 PM
seram tgk muka watie ni
Quote miszclassique 13-6-2023 08:54 PM
3 episod nokksss dia punya majlis kt tv
Jangan bercerai sudehhh
Quote Manusiabesa 13-6-2023 09:08 PM
Yang terpaling meratap hiba bini mati tu la yg akn jd terpaling awal menikah baru bhahaahahah aku seram dgn jantan. Yg rilek steady pulak yg menduda ,stiap mlm sedekah fatihah buat arwah bini. Xpa la gais ingtlah dunia ni xda mnfaat walau sekecil bijik padi akhirat jua yg kekal. Tahaniyyyahhh soeb!!!
Quote red_velvet 13-6-2023 09:36 PM
Teringat kata2 yg lalu lalang kqt fb :

"Sekiranya kamu tahu seberapa cepat orang meninggalkanmu bila kamu telah meninggal dunia, pasti kamu tidak mencintai makhluk  lebih dari Pencipta " ..

Inilah salah satu contohnya ..
Quote Myhappyending 13-6-2023 09:56 PM
Huk alohh patut suruh baca page random baru terkulat2 bibir merekah watie
Quote missyL 13-6-2023 11:40 PM
Halah halah halah
Perasan ensem tol si ib

Watie lak i tgok ok je
Sekufu lah ngn ib.

Quote missyL 13-6-2023 11:50 PM
miszclassique replied at 13-6-2023 08:54 PM
3 episod nokksss dia punya majlis kt tv
Jangan bercerai sudehhh

Xsangka ib ni big star ye
Ramai ke peminat die
Quote miszclassique 14-6-2023 12:04 AM
missyL replied at 13-6-2023 11:50 PM
Xsangka ib ni big star ye
Ramai ke peminat die

Dia yang bayar stesen tv tu kot
Quote missyL 14-6-2023 12:10 AM
miszclassique replied at 14-6-2023 12:04 AM
Dia yang bayar stesen tv tu kot

Make sense lol
Tgok kt mane2 article kene kutuk je byk
Quote asfaz 14-6-2023 12:16 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/CtbuELuyxpP/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]

Malam berinai
Quote Qmrnycb 14-6-2023 12:22 AM
TerataiMelur02 replied at 13-6-2023 07:40 PM
Hidung tu kenapa?luka ke?

O ya..rasanya kalau rantai tu tak pakai kat luar lagi nampak kemas.

Nak tau jawapan g stalk ig dia..cari lama2 punya post gitchewww
Quote TerataiMelur02 14-6-2023 12:23 AM
asfaz replied at 14-6-2023 12:16 AM
Malam berinai

Dah kenapa rantai sentiasa d keluarkan?
Quote carlalily 14-6-2023 01:10 AM
Dulu bini meninggal dok meratap2.. nih kawen ambik ko siap buat mini series kt astro.
Quote anony-mous 14-6-2023 01:10 AM
asfaz replied at 14-6-2023 12:16 AM
Malam berinai

Ya ampun kemain yach. Xpadan level setakat shuib n watetek jah. Makin dibenci makin famous gituh

Btw, lawa jgk mekap wati n majlis khatam including warna baju, kening dia je mcm x berapa kena
Quote dua_chzy 14-6-2023 01:11 AM
Vavava gituuuuuuuu dok tayang tek sana sini dulu reti baca Quran juga ropanyaaaaaaaa
Quote dua_chzy 14-6-2023 01:13 AM
Edited by dua_chzy at 13-6-2023 05:14 PM
anony-mous replied at 13-6-2023 05:10 PM
Ya ampun kemain yach. Xpadan level setakat shuib n watetek jah. Makin dibenci makin famous gituh

...


Sebab tu Janna amik mekap retis Siam. Tengok la mekap orang kita. Kalau tak ubah muka pengantin jadik pondan, mesti jadik pondan terlebih plastik segeri. Macam tak reti nak mekap supaya enhance natural beauty orang tu, bukan ubah muka jadik pondan botox.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047756 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top