CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen ‘Siasat’ Kos Mekap Kahwin Janna Nick Hampir RM10k, Rasanya MUA Kita Pun Mampu Hasilkan Solekan Macam Ini

13-6-2023 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11766| Komen: 235

Janna Nick dan Dini Schatzmann Sabtu lalu mencuri tumpuan ramai apabila mengadakan resepsi perkahwinan ala barat di sebuah resort mewah di Pulau Langkawi.

Di sebalik kemeriahan majlis, solekan pada wajah Janna menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.



IG

Susulan itu, seorang pengguna Facebook mendedahkan aktres berkenaan menerbangkan jurusolek khas daripada Thailand bagi menata rias cantik wajahnya pada hari bahagia itu.

Pengguna laman berkenaan berkongsi mengenai cas dan upah yang dikenakan oleh jurusolek dikenali sebagai Babara Beer itu.

Katanya, dia sekadar bertanya harga kepada jurusolek berkenaan selepas tertarik melihat hasil solekannya pada Janna itu.

Dalam perbualan di aplikasi WhatsApps, Babara mengenakan bayaran sebanyak 70,000 bath atau RM9,331.19 untuk perkhidmatan solekan di Malaysia.



"Ketika disaat ini viral makeup artist (MUA) Thailand yang makeup untuk Janna Nick, love betul kan tengok. Saja tanya harga make up MUA Thailand ini.

"70,000 bath. Kita sahaja tanya. Padanlah itu dengan harga artis.

"Kemampuan masing-masing, kalau rasa nak cantik dan rasa mampu tiada masalah," kongsinya.


IG

Difahamkan, Janna merupakan individu kedua di Malaysia yang menggunakan khidmat jurusolek itu selepas Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Meninjau ke Instagram Babara Beer, Janna juga ada meninggalkan komen menyukai hasil solekan pada wajahnya.

"Terima kasih banyak atas sentuhan awak Babara. Sangat menakjubkan. Saya sangat gembira untuk memiliki awak pada hari besar saya. Hingga ke suatu masa yang akan datang," katanya.

Sehubungan dengan pendedahan tersebut, rata-rata netizen berpendapat hasil solekan berkenaan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


IG

Malah ada juga yang berpendapat bahawa solekkan berkenaan sesuai dengan Janna memandangkan aktres tersebut memiliki kulit yang bersih.

"Sesuailah dengan harga dia, lagi pun dia pernah makeup Tun Aminah kot.

"Barang make up mahal dan berkualiti, tapi kulit dia pun cantik itu nampak berseri.

"Tapi rasanya MUA Malaysia pun mampu hasilkan solekan macam ini," antara komen netizen.

Pada pagi Sabtu, Janna dan Dini atau Dini Azan Schatzman, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LipasComel 13-6-2023 04:35 PM
dia bukan hasil je ambil kira, tapi kualiti mekap tu, bape lama maintain flawless dengan cuaca maha panas msia ni. dah la si janna tu buat outdoor yach.
Quote jlo 13-6-2023 04:36 PM
yes baloi harga..cantik sangat janna
Quote dudaberhias 13-6-2023 04:38 PM
makeup dia ok je... tapi tu la janna still nampak macam janda anak 3 kahwin dengan budak remaja... ampunnnnnn....

iols peminat yenna n pojie nawawi mix beruk salji yach... tak sabar nak tunggu baby...

btw harga mekap mahal sebab barang mekap mua tu guna pun mahal2 dengan berus2 pun mahal... memang gitu la.. kurang2 pun modal mua tu keluar bawah 1 - 2 ribu untuk penginapan flight semua sekali...

lelain tu memang untung atas angin...

Quote sukacactus 13-6-2023 04:38 PM
Janna keje kuat cari duit kot
Sukati dia la nak belanja duit dia cemana
Tp mmg cantik letops mekap dia
Tgh panas pun tak bercapuk
Quote aciksenah 13-6-2023 04:46 PM
Buat le apa yang awok suka janna. Duit awok..mampu pulak tu. Sekarang memang trend mekap ala2 thai look. Ada yang sanggup ke Thai nak belajar teknik mekap mcm ni.
Quote dua_chzy 13-6-2023 04:48 PM
Patut la mekap Janna cantik tak macam pondan macam orang Malaysia ni biasa buat yakni buat muka pengantin macam pondan atau pondan terlebih plastik segeri.
Quote prizadane 13-6-2023 04:53 PM
Hello 9k tu berpatutan la. Orang tu nak kena fly from thai to malaysia. Nak cover hotel, transport makan minum. Apo korang ingat dia nak charge 2k je?

Takde kerja la netizen ni. Penyibuk gila
Quote matbad 13-6-2023 04:55 PM
dua_chzy: Patut la mekap Janna cantik ta ...

Sgt setujuuu hihi
Quote naina 13-6-2023 04:58 PM
Patutlah cantik. Xtau nak habaq..tapi flawless giler, glowing, tak over, macam balance dengan semua angle. Dia pakai anak tudung bunga2 masa nikah tu pada sesetengah orang akan nampak buruk tau..macam muka nampak besar..tapi janna pakai elok plak..padanlah harga tu. Aku syak MUA tu ada baca mentera. hahahaha gurau jekkk
Quote gangerina 13-6-2023 05:04 PM
MUA melesia takde yg melenting ke JN tak amik diorg???
Quote anony-mous 13-6-2023 05:07 PM
Nvdism pernah mekap JN x? I suka mekap she natural but naik seri
Quote mizruncing 13-6-2023 05:08 PM
ntah laa mata aku nampak biasa2 je. means lawa yg biasa mcm pengantin lain. takde laa wow sgt sekali pandang. tp meols pelik bella yg femes MUA tu takde pon sorang retis dok hired dia mekap ekk..
Quote petpot 13-6-2023 05:11 PM
sukati dia la. kecoh betul netizen ni. bukan dia mntk derma kt korg pun utk mekap.
Quote jihyomelly 13-6-2023 05:12 PM
cantik berbaloi dgn harga..nampak beza dgn Mua mesia…takde la nampak mcm penyakit sopak…
Quote doubleA 13-6-2023 05:12 PM
Mekap jannah lawa. Natural dan tak ubah banyak muka asal dia. Idok la seram tengok macam mekap mua sini dan yindo. Tapi diakui ada je mua local mekap cantik, depends produk apa deme pakai
Quote petpot 13-6-2023 05:14 PM
doubleA replied at 13-6-2023 05:12 PM
Mekap jannah lawa. Natural dan tak ubah banyak muka asal dia. Idok la seram tengok macam mekap mua s ...

haah. iolsss setuju bab tak ubah muka dia. tp lg naik seri.fresh.
Quote smeetasmitten 13-6-2023 05:24 PM
Ok apa rm10k 2× mekap. Cantik je.
Tak la mcm vip yg byr MUA amareka sampai rm180k tapi biasa je dan last2 dah cerai. I tak ingat nama vip tu tapi benang dia ada kat gosip kenamaan
Quote Incanto 13-6-2023 05:28 PM
cantik mekap dia, nampak sweet

berapa rate top MUA Msia? saja tanya
Quote irvene 13-6-2023 05:29 PM
confirm lepas ni, socialites hired si barbara ni. marion, crisis. tak boleh nk pk sapa lagi dh. hahaha

Lihat semua komen(235)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065575 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top