CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikritik Jadi Artis Pembuka Konsert Coldplay, Bunga Jadikan Ia Pembakar Semangat

13-6-2023 02:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 784| Komen: 5

Selepas diumumkan sebagai artis pembuka panggung konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour bukanlah, penyanyi rap, Bunga Isme menerima pelbagai kritikan dan sindiran.

Bunga bagaimanapun menerima kecaman yang dilemparkan terhadapnya dengan hati terbuka. Dia berazam menjadikan komen negatif sebagai pembakar semangat sekali gus membuktikan pemilihannya bukanlah satu kesilapan.



Menerusi laporan Malaysiakini, dia akan menggunakan peluang yang diberikan itu bagi melonjakkan namanya bukan hanya dalam industri tempatan tetapi juga luar negara.

“Ya, saya ada membaca komen-komen di media sosial dan memang sedar perkara (komen negatif) itu. Ramai yang tertanya-tanya mengapa Bunga?

“Memang bersyukur sangat diberi peluang, cuma saya pun tak tahu kenapa. Tapi apa yang saya tahu, kritikan mereka menambah semangat untuk saya buat terbaik bersama band mengiringi Bunga, The Kerek nanti.



“Jadi saya harap dengan peluang itu nanti peminat muzik akan lebih mengenali siapa Bunga dan muzik yang apa yang dibawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, bagaimanapun mengakui sedikit sebanyak kecaman yang diterimanya menggores hati.

“Ada rasa down (murung) sekejap. Bunga akui memang ramai,” katanya.


Sumber: Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 13-6-2023 02:31 PM
teruss bersyukur tak dapat tiket... hahahahaa...
Quote dudaberhias 13-6-2023 02:36 PM
dah la rap pun haukkkk masa ko buat live dengan mek ani semput...

si mek ani tu tak payah citer lah dah serhoperrr mesin tebu...

baik ko duet dengan mesin tebu je...

takpun mek ani tu miming je lagi bagus... beriya betul nak nyanyi live jugak walaupun suara, letak mesin tebu sebelah katil iols lagi iols boleh tido lena...

yang cold play pun pandai betul strategi takut kena boikot jadi dia ambik la retis pembukaan tu cikki bertudung ala2 islamik...

harap2 ko baca doa selamat sekali atau azan kat pembukaan tu sebelum cold play buat konsert... choiiii...

Quote _kelly 13-6-2023 02:38 PM
laksmanabentan replied at 13-6-2023 02:31 PM
teruss bersyukur tak dapat tiket... hahahahaa...

samaaaa..hahaha
Quote LostStar 13-6-2023 03:12 PM
dia ni bayar murah kot.. hahahhaa
Quote dekmieDandy 13-6-2023 04:16 PM
best je lagu Buai tu, intan payung pun bukan susah nak nyanyi sorang

sesuai je dia jadi opening act, biasa opening act ni bukan orang famous pun

time billie eilish haritu, opening act dia guitarist (local) main lagu negaraku je, sape entah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047896 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top