CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siqma, Hazwani Helmi Kolaborasi Lagu 'Wahana'

12-6-2023 10:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 824| Komen: 12

Penyanyi rap dan pencipta lagu, Siqma kini tampil dengan lagu baharu berjudul Wahana hasil kolaborasi dengan penyanyi, Hazwani Helmi.

Siqma yang juga jurutera bunyi untuk lagu tema filem Polis Evo 3 itu bersyukur kerana lagu tersebut berjaya disiapkan dalam masa tiga hari.



"Alhamdulillah, proses rakaman lagu Wahana bersama Hazwani ini berjalan dengan lancar hanya mengambil masa tiga hari untuk disempurnakan bersama komposer Wan Salleh, Amir Hufaz, Hazwani Helmi dan pasukan produksi Universal Music Malaysia dan Beegood.

"Begitu juga dengan proses penggambaran video muzik (MV) yang mana ia berjalan lancar hanya mengambil masa sehari. Terima kasih kepada pihak produksi yang sangat mudah bekerja dan profesional," katanya.

Dalam masa sama, Siqma berkata, konsep MV diselarikan dengan maksud yang diketengahkan dalam lagu Wahana.

"Konsep MV ini adalah ingin membawa maksud kebaikan iaitu landasan atau panduan yang dapat mengubah haluan dan hati manusia juga menerangi dan mewarnai kegelapan pada setiap jiwa.

"Sepanjang penggambaran tiada sebarang cabaran, alhamdulillah dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan mudah.

"Walaupun ini pertama kali bekerjasama dalam lagu, Hazwani seorang yang sangat profesional dan toleransi dalam bekerjasama. Syukur," katanya.


Sementara itu, pemilik nama sebenar, Nur Hazwani Afiqah Helmi yang juga adik kepada Heliza Helmi itu memanjatkan rasa syukur dan teruja sebaik sahaja mendapat lagu itu.

"Lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya. Kalau sebelum ini saya banyak jalankan misi kemanusiaan termasuk mendekati pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

"Jadi, tujuannya tidak lain adalah untuk membuat kebaikan dan masuk ke syurga. Itu juga adalah maksud yang terkandung di dalam lirik lagu ini. Mesej di dalam lagu ini juga membuatkan saya rasa sangat bagus untuk dipromosikan," katanya.

Pun begitu, Hazwani mengakui wujud cabaran menyanyikan lagu Wahana disebabkan lirik lagu menggunakan bahasa Arab.

"Tekanan itu disebabkan ada lirik dalam bahasa Arab dan saya banyak kali ditegur kerana menyanyikannya dengan gaya bacaan al-Quran. Disebabkan ia bahasa Arab masyarakat Mesir, jadi ada kesukarannya, namun tetap menyeronokkan," katanya.


Berkongsi pengalaman bekerja dengan Siqma, Hazwani berkata Siqma sangat memudahkan kerja ketika proses rakaman. Apa yang pasti, Hazwani berharap lagu Wahana dapat diterima baik.

"Walaupun saya nampak dia seperti seorang pendiam pada awalnya, tapi selepas mula bekerja dengannya tenyata berbeza. Dia sangat mesra dan sentiasa mencuba untuk berikan yang terbaik dalam projek ini. 

"Sebelum ini saya tidak pernah berduet dengan lelaki secara berdua sahaja. Disebabkan itu, ada sedikit kerisauan pada awalnya. Namun, saya sangat bersyukur kerana Siqma sangat memahami dan menghormati batas saya. Ia secara tidak langsung memudahkan kerja," katanya.


Lagu terbitan bersama Masyhur dan Beegood Music Productions itu adalah hasil ciptaan komposer Amir Hufaz dan Shukri Sahari serta lirik oleh Cheb Ali dan Isma Sane itu membawa mesej yang cukup besar iaitu berkongsi kebaikan sesama manusia dan tidak putus asa. - CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 12-6-2023 10:19 PM
who iz yuhhhh... dedua iols tak kenal chuolsss...
adakah kaka terlampau muda untuk kenali mereka berdua atau terlampau tua...

kalau terlampau tua nak kena ke konter esteloder esok la gamaknya... kalau terlampau muda kena pergi pakai produk2 the melvin nampaknya supaya nampak berusia sikit... supaya boleh tahu theyols ni sape... bagi otak pun tua sekali gittuh...
Quote cikdumbo_92 12-6-2023 11:02 PM
dudaberhias: who iz yuhhhh... dedua iols ta ...

Hazwani helmi ni adik heliza helmi la kaka dud
Quote Cyempaka 12-6-2023 11:16 PM
Budak ni muda lagi.. nape selebet sgt. Pastu kelakar kemana manapun asyiklah mengekor kakak dgn abg ipar  janggut dia. Pakai pulak baju sama. Dah macam janggut ada 2bini. Xgeli ke dek
Quote slyfynx 12-6-2023 11:17 PM
Sapekah korang?
Disebabkan Helmi, aku anggap Hazwani ni adik Heliza la kot.
Quote bottompro 12-6-2023 11:19 PM
Ustazah tadika pasti ke ni?
Quote red_velvet 12-6-2023 11:26 PM
Edited by red_velvet at 12-6-2023 11:28 PM

Hazwani ni tiba2 jadi penyanyi.. single apa pun tarak.. album apatah lagi.. asyik menempel kulu kilir kakak mata buntang dia tu tak pasal2 dapat title penyanyi...tiba2 pulak masuk GGV .. terpinga2 audience dibuatnya .. whoareyusss sangat ... ntah pape
Quote dudaberhias 12-6-2023 11:36 PM
cikdumbo_92 replied at 12-6-2023 11:02 PM
Hazwani helmi ni adik heliza helmi la kaka dud

oh tq kaka... ya ampun tak tahu la kenapa iols still tak kenal adik beradik ikan buntal tergolek naik kuda ni... laki heols yang rhoper jenglot pakai extension rambut kat dagu tu lagi iols kenal...
Quote TerataiMelur02 12-6-2023 11:56 PM
Boleh ke jangan mencemarkan imej orang yang betul2 ikhlas bertudung labuh?
Apa keperluan bertudung labuh tapi melunak2 kan suara untuk tatapan umum? Aiyoo
Quote mh17 13-6-2023 09:44 AM
Siqma ni dlu time aku jmpe masa dia umur 16,17 thun.sbok dgn kamera dslr dia.comel,hnsem.jap lg tau2 5,6thun da jd pnyanyi,kertu pulak..hahai
Quote cikdumbo_92 14-6-2023 01:44 PM
slyfynx replied at 12-6-2023 11:17 PM
Sapekah korang?
Disebabkan Helmi, aku anggap Hazwani ni adik Heliza la kot.

Memang hazwani dgn heliza adik beradik la kaka
Quote cikdumbo_92 14-6-2023 01:45 PM
dudaberhias replied at 12-6-2023 11:36 PM
oh tq kaka... ya ampun tak tahu la kenapa iols still tak kenal adik beradik ikan buntal tergolek n ...

Hahahaa, adoi la tergelak iolls
Quote princessmiang 14-6-2023 02:42 PM
Acah turu lagu denyut

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054817 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top