Hafidz Roshdi menarik semula persetujuan kata sepakat tuntutan hadanah yang difailkan selepas proses sulh dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Perkara itu dimaklumkan Shuhada yang terkejut kerana beranggapan prosiding itu sudah dipersetujui sesama mereka.
"Mula-mula dia setuju semua bagi saya jaga, anak-anak tempat saya, tak ada bermalam semua. Sebabkan Humairah pun berada dalam keadaan mental tak stabil semua. "Selama sejam berbincang, pegawai sulh itu pun cakap plaintif setuju atau tak, dia cakap setuju. Bila pegawai sulh suruh keluar sekejap dan akan panggil balik untuk tandatangan, tiba-tiba dia masuk balik cakap tak setuju," katanya kepda harian Metro. Disebabkan tindakan Hafidz itu, proses tuntutan hadanah terbabit akan ditetapkan untuk sebutan dalam mahkamah pada 12 September nanti. Menurut Shuhada, dia semestinya takkan beralah untuk menuntut haknya mengenai hak penjagaan itu walaupun kes terbabit terus tertangguh.
"Ini hadanah kekal, dia yang failkan, dia plaintif, saya defendan. Ini kerana anak-anak memang dengan saya. Ingatkan dia memang sudah tidak ambil tahu. Apapun, saya akan lawan untuk anak-anak saya," katanya. Pada prosiding hari ini, Suhada diwakili peguam, Nurfarhana Abd Manaf, manakala Hafidz diwakili Ummi Kartini Abd Latiff. Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2, di mahkamah sama. Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Aidilfitri bersama dua anaknya. Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini berkata, dia hanya berpeluang berhubung dengan dua anaknya menerusi panggilan video. Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kikilalapooh replied at 12-6-2023 10:22 PM
kesiannya shu ni.. buang masa pergi court bincang depan pegawai sulh lepastu hafiz ni uturn.. tak ke ...
red_velvet replied at 13-6-2023 11:21 AM
Ape benda tah HR ni nak buktikan.. terang lagi bersuluh anak2 pun tak excited jumpe ko... Umar pun n ...
Lentera replied at 13-6-2023 12:46 AM
Acik2 porum yg kutuk shu tak lawa tu pun bukan lawa mana. Masing2 sorok muka. Gundu la kata kannnn ...
KamikuP replied at 13-6-2023 09:26 AM
HR ni pon ko tu waras ko bagi le Shu biskut jaga anak tu pastu mintak le kat mahkamah nak jumpa 3 at ...
ADVERTISEMENT