Kemunculan Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri yang sedondondi Mahkamah Syariah Shah Alam pada petang Isnin menarik perhatian ramai. Hafidz dilihat tampil memakai sut rona muda yang mana Shuhada turut mengenakan jubah dan tudung dengan warna sama.
Shuhada tampil ceria ditemani peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf manakala Hafidz dilihat ditemani ahli keluarga bagi sebutan kes tuntutan hadanah dua anak mereka iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun. Netizen turut menegur persamaan rona baju dipilih pasangan suami isteri itu malah ada pula berpendapat Shuhada mengambil semangat pelakon Puteri Sarah Liyana yang bergaya ketika hadir ke kes mahkamahnya. "Memang janji pakai baju sama ke? "Sedondon warna baju... Semoga yang baik-baik. "Wah, feeling dia macam Puteri Sarah," tulis netizen.' Apabila ditanya soal baju rona sedondon yang dipakai dengan Hafidz, Shuhada hanya memberi reaksi terkejut dan sambil tertawa.
Pada Mei lalu, Hafidz memfailkan dua tuntutan hadanah (hak penjagaan) iaitu penuh dan interim (sementara) terhadap Humairah dan Umar. Menurut peguam syarie yang mewakili Hafidz, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata hadanah interim difailkan agar anak guamnya itu diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anakmnya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.-CARI Sumber: mStar
|
Ayda89: Giloo setiap perbuatan,pakaian ...
likilu replied at 12-6-2023 08:28 PM
Kenapa tak pakai slim fitting jeans n button down shirt bunga bunga tuck in sebelah?
Lambai kat sa ...
sharlenetexas replied at 12-6-2023 11:01 PM
Henbeg ysl?
dudaberhias replied at 12-6-2023 06:45 PM
Kemain pakai sedondon...
Anak2 tu lebih baik bagi kat acik siti aisyah yang jaga budak oku taiwan s ...
arwenlotr replied at 12-6-2023 08:25 PM
Bergaya apa pakai jubah je pon
Binodino replied at 12-6-2023 08:33 PM
Lambai kat 30 wartawan dari pelbagai agensi
ADVERTISEMENT