Sharifah Shahirah terbawa balik seluar dari pasaraya, Giant semasa membeli barang. Katanya ini merupakan kali kedua perkara itu berlaku di mana dia salah anggap barang tersebut adalah tudungnya.
“Eh balik selamba ek ni sebenarnya dah 2 kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar. Ingat tudung wei,” tulisnya di kapsyen TikTok. Menurutnya, dia terlupa menyangkutkan seluar itu di bahunya dan kemudian meneruskan berbelanja seperti biasa. Malah, dia hanya menyedari perkara itu selepas sampai ke rumah. “Hari ni dalam sejarah, saya pergi Giant beli barang, saya pegang macam ni, saya jalan, saya beli tudung, satu dunia saya pusing. Lepas tu saya balik dah tutup engine kereta, saya baru nampak saya beli barang ada seluar sangkut tu bermakna saya mencuri,” ujarnya.
Namun, dia memohon maaf kepada pihak Giant dan berjanji akan membayar seluar yang berharga RM20 itu. “Nanti saya bayar balik dekat Giant. Sorry, saya tak perasan betul saya jalan rupanya seluar sangkut dekat sini (bahu). Nanti saya bayar balik, saya janji. Harga seluar macam kain dalam ni berharga RM20. Patut lah orang perempuan boleh mencuri macam-macam dalam jubah dia,” katanya.
|
lasagna replied at 13-6-2023 08:12 AM
kalau kata sangkut kt bahu, tak kn kat giant tu xde trigger bunyi masa keluar? pelik laa acik shiera ...
asfaz replied at 13-6-2023 08:27 AM
Pastu takkan la cashier tak perasan kan? Sejak Kes anak sedara kencing tu,dah nmpk lain pulak dia ...
lasagna replied at 13-6-2023 08:33 AM
cashier tak prasan, ada kemungkinan juga, yg iols pelik, xkn ler tak berbunyi tag harga bila melep ...
asfaz replied at 13-6-2023 08:38 AM
Kes kencing tu ai tak salahkan anak buah dia. Tp nyampah sb dia bagitau kat media sosial. Aib buda ...
dudaberhias replied at 12-6-2023 06:52 PM
bersama lagi dalam episod.. shieraijoy nak tunjukkan kebodohan apa harini...
haritu hangkut anak ki ...
ADVERTISEMENT