Intan Saleh langsung tak ada masalah nak bersemuka dengan Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid demi menyelesaikan konflik antara mereka. Jelas Intan, pihaknya telah pun membalas surat saman yang diterima daripada pihak Izreen namun sehingga masih tiada perkembangan terkini.
“Saya tiba-tiba dapat surat saman, saya tak tahu apalah tapi dah balas balik.. masih tiada sebarang jawapan. “Mengenai kenyataan tak nak berjumpa itu salah. Pihak saya dan suami sudah berkomunikasi dengan belah sana untuk berjumpa seperti yang diperkatakan. “Memang dah ajak ‘jom, bagi tempat dan bila’… Saya dan suami sudah bersedia untuk bertemu empat mata bagi menyelesaikan dengan cara baik tapi tiada maklum balas,” katanya kepada Melodi.
|
aammyy replied at 13-6-2023 07:49 AM
Macam mana anak boleh pass (maksudnya jumpa la kan) tapi takde masa untuk berbincang?
mizruncing replied at 13-6-2023 02:22 PM
baru perasan semua laki ekk anak dorang ni
ADVERTISEMENT