Haqiem Rusli langsung tidak ada masalah untuk menerima nasihat dan komen positif daripada netizen membabitkan isu berkaitan isteri dan rumah tangganya. Katanya jika nasihat yang diberikan netizen itu betul, dia juga akan menerimanya dengan hati terbuka.
"Kalau nasihat mereka itu baik dan betul, saya boleh terima tapi bukan dengan cara maki hamun di media sosial. Dalam hidup ini, kita kena ada adab, walaupun nak beri nasihat," katanya kepada Harian Metro. Ditanya kenapa dia lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri, kata Haqiem, jika dia memberi maklum balas dengan komen netizen keadaan akan menjadi lebih teruk.
|
ADVERTISEMENT