Selepas PU Syed, giliran pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki tampil menjelaskan isu hukum suami membiarkan isteri menutup aurat tetapi tidak solat dengan isteri yang tidak menutup aurat tetapi solat.
Kata Ustaz Ahmad Dusuki, kedua-dua kes atau situasi itu buruk di sisi Allah, malah suaminya tetap berdosa dan dayus. "Isu isteri tutup aurat tetapi tidak solat dengan isteri yang tidak menutup aurat tetapi solat. Kedua-duanta membuat dosa besar, dan buruk di sisi Allah. "Suaminya itu tetap berdosa dan dayus," jelasnya. Ustaz berkenaan berkongsi ulasan berkenaan di akaun rasmi Facebook miliknya. Justeru Ustaz Ahmad Dusuki menyarankan agar lelaki atau suami memilih isteri yang menutup aurat serta menjalani ibadah wajib kepada Allah. Status itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata lega dengan penjelasan berkenaan. Terdahulu, kecoh apabila seorang pelawak seolah-olah mempertahankan pilihannya yang lebih menerima sikap atau situasi isteri yang lebih mengutamakan solat daripada segalanya berbanding hal aurat yang sering dipersoalkan netizen. Sumber: Gempak
|
Thunderclouds replied at 12-6-2023 06:47 PM
Setad ni muhong.
Dh nasihat,ulang ckp elok² dosa kt bini ja la dh dia ketegaq xmau buat dua² / sal ...
hollahop replied at 12-6-2023 07:40 PM
Iyaaa…. Laki dah buat macam2 utk pastikan isteri ikut syariat tapi kalau isteri tetap degil. Dosa ...
hollahop replied at 12-6-2023 06:40 PM
Iyaaa…. Laki dah buat macam2 utk pastikan isteri ikut syariat tapi kalau isteri tetap degil. Dosa ...
PULANGKAN replied at 12-6-2023 07:56 PM
macam style bapak Iols
daripada kitorang kecik, sampai la sekolah menengah
hzln replied at 12-6-2023 08:23 PM
Setad2 gila glamor ni takde dah masalah yg terpaling besar terpaling mendesak terpaling perlu dileta ...
QueenCaramel replied at 12-6-2023 09:48 PM
Setad2 brani tegur retis jahhh…ade die tegur pak2 menturi or seangkatan dengannya psl kj x amanah ...
ADVERTISEMENT