CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Bulan Bunga Isme Simpan Rahsia Bakal Buat Persembahan Pembukaan Konsert Coldplay

12-6-2023 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2050| Komen: 37

Teruja dan bersyukur apabila Bunge Isme dipilih menjadi artis pembukaan konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 November depan.


Berbulan juga Bunga menyimpan rahsia itu, Dedah Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, dia menerima tawaran berkenaan dua bulan lalu sebelum jualan tiket konsert tersebut dibuka kepada peminat.



IG


"Alhamdulillah, ya betul saya. Masa mula-mula saya dimaklumkan akan buat persembahan pembukaan di konsert itu, ia agak mengejutkan kerana Coldplay adalah satu nama besar dan mempunyai pengikut yang ramai.


"Saya sampai hilang kata-kata, tak tahu nak luah macam mana... saya gementar dan harap dapat lakukan yang terbaik," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Bunga memaklumkan dia akan menyampaikan dua buah lagu pada konsert tersebut bersama band pilihannya.


Dia bagaimanapun memberitahu masih belum melakukan sebarang latihan kerana sedang sibuk dengan pengajian di universiti.


"Apa yang saya tahu, persembahan permbukaan itu akan berlangsung selama 20 minit dan antara lagu yang saya pilih ialah Buai serta Intan Payung.


"Dari segi persiapan saya belum lakukan apa-apa latihan lagi cuma sekarang ini saya baru dapat band untuk lakukan persembahan bersama. Sebab sekaran bulan terakhir saya dalam pengajian ijazah saya, jadi agak sibuk.


"Mungkin lepas selesai peperikasaan akhir, baru kami mulakan latihan," tambahnya.



IG


Sementara itu, Bunga berharap kemunculannya pada konsert itu nanti dapat memperkenalkan lagi muziknya kepada pendengar lebih besar.


"Memandangkan saya masih baru dalam bidang ini, saya harap kemunculan saya nanti dapat memperkenalkan muzik saya kepada pendengar yang lebih besar.


"Paling penting doakan saya dapat lakukan yang terbaik pada malam itu nanti dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih saya," katanya.


Penganjur konsert berkenaan Live Nation Malaysia pada pagi Isnin mengesahkan bunga bakal muncul sebagai artis pembukaan pada konsert itu nanti.




Konsert berkenaan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan dan sebanyak 85,000 tiket sudah pun habis terjual.


Konsert siri jelajah itu juga bakal dianjurkan di negara Asia terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 12-6-2023 03:52 PM
wah kurlast yachhh... tahniah...

yang buat persembahan ni cikki bertudung yang rap serhoper bercakap...
adakah lobai2 nak cancel konsert ni jugak? pandai coldplay punya strategi gittuh letak acik bertudung sebagai pembukaan... patutnya bunga tu siap baca doa selamat sekali...

Quote vanillaninja 12-6-2023 04:13 PM
Siapa sheols ni jujur I tak kenal. Warga Twitter macam tak merestui pemilihan sheols.
Quote cmf_roll_vT 12-6-2023 04:14 PM
malas nak mencarut,,makhluk mana ni..aku tiket pon x dapat..siyel
Quote bottompro 12-6-2023 04:24 PM
jangan bagi malu diri sendiri dgn live hancur. gi exercise tambah stamina, baiki pernafasan ya. jangan bikin malu.

ciki ni  meols kenal sebab lagu due dgn kak ani scammer enjut enjut. tu je la.

nk kata ada aura, lebih kepada ciki kelantan meniaga tomyam jer pon.
Quote cmf_roll_vT 12-6-2023 04:25 PM
budak mana tah..yihhhhhhhhhh
Quote dudaberhias 12-6-2023 04:28 PM
cmf_roll_vT replied at 12-6-2023 04:14 PM
malas nak mencarut,,makhluk mana ni..aku tiket pon x dapat..siyel

khennn... apooo pilih cikki ni... mentang2 sheols bertudung kan jadi boleh la di jadikan strategi coldplay untuk bagi lobai2 penyibuk tu semua terpaksa reda dengan konsert ni... harap2 sheols baca doa selamat sekali waktu pembukaan tu nanti... choiiii....
suara rap sheols tak sedap... tu je nak kata...



Quote bvsf06 12-6-2023 04:32 PM
Disebabkan i xdapat beli tiket walaupun gigih buang masa 2 hari untuk online queue seawal 9am
So lantaklah di situ sesiapa yg pon jadi opening act
Quote esbok 12-6-2023 04:42 PM
kenapa tetiba boleh bukak rahsia? kenapa tak reveal selepas dah buat latihan bersusah payah
Quote ashcroft86 12-6-2023 04:48 PM
Tahniah! Semoga Bunga terus dikenali ramai! All the best yachhh.
Quote heythere123 12-6-2023 04:49 PM
vanillaninja replied at 12-6-2023 04:13 PM
Siapa sheols ni jujur I tak kenal. Warga Twitter macam tak merestui pemilihan sheols.

penyanyi bbnu kaka. Sheols start femes lepas masuk 16 Baris.

sheols berjaya jugak masuk AJL hasil lagu dengan Nek Ani
Quote tikusmontok 12-6-2023 04:52 PM
Ismet ulam raja ni sapo? Kenapa tak letak kak nab jer, baru terkujat mat saleh2 tu dgr sore chipmunk atas stage
Quote mawarkhayalan99 12-6-2023 04:52 PM
layak ke sheolssss niiii live pun hancusss
Quote oggy 12-6-2023 04:53 PM
bvsf06 replied at 12-6-2023 04:32 PM
Disebabkan i xdapat beli tiket walaupun gigih buang masa 2 hari untuk online queue seawal 9am
So lan ...

Aku pun macam ko geng tersakiti so malas nak amik tau dah. Hari ni diorg announce konsert kat SG 4 malam! Dan show kat Bangkok & Manila jugak. Patutnya yg kat KL khaskan laa utk Malaysian gitu.. yg warga lain sila battle yg 4 mlm kat SG tu huhu..

Utk tak off topik.. tahniah la Bunga.. walaupun tak kenal.. harap2 she olls boleh perform dengan baik.. bkn calang2 dpt perform dgn Coldplay tu..
Quote vanillaninja 12-6-2023 04:56 PM
heythere123 replied at 12-6-2023 08:49 AM
penyanyi bbnu kaka. Sheols start femes lepas masuk 16 Baris.

sheols berjaya jugak masuk AJL hasil ...

Sedap sangat ke suara sheols? Nanti I nak cari lagu sheols di Spotify. Hebat yih resume, dapat opening Coldplay
Quote heythere123 12-6-2023 05:00 PM
vanillaninja replied at 12-6-2023 04:56 PM
Sedap sangat ke suara sheols? Nanti I nak cari lagu sheols di Spotify. Hebat yih resume, dapat ope ...

kalau tanya iols, personally suara sheols cam annoying

rezeki sheols la kot sebab maybe orang malaysia suka la kot suara camtu
Quote MarryPottet 12-6-2023 05:30 PM
Sedihnyaaa lahaiiii opening act utk konsert kumpulan yg segah Coldplay
Kalau ambik upin ipin bergabung dgn didi & friends pun far better
Harap music director konsert ni bukan acik asal Perlis hat ex music director Pearl jam
Azram Dieram ke apa ke namanya tu
Quote Kancilkering 12-6-2023 05:36 PM
dlu black pink spa buat opening act?

jiwa kena kental…kena performance hauk mau depress setahun….:

Quote lifeline 12-6-2023 05:39 PM
mcm mana selection utk artis mana yg buat opening ni ek?
cemana bunga ni leh dpt
nama dia agak suam suam kuku
ke iols yg x kenal?
Quote prettyuglybabe 12-6-2023 06:00 PM
penganjur cari retis yang bayar murah ke?
punya la ramai retis senior berbakat..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.095231 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top