Kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam penerbangan Turkish Airlines ketika dalam perjalanan ke New York. Menurut laporan Daily Mail, kru penerbangan memberikan rawatan awal terhadap mangsa yang juga kurang upaya ketika pesawat masih di udara.
Difahamkan, pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di Hungary untuk membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan rawatan lanjut. Sebaik mendarat, mangsa bersama keluarganya dibawa ke hospital menggunakan ambulans, namun gagal menyelamatkannya. Pesawat tersebut dilaporkan meneruskan perjalanan dan tiba di Lapangan Terbang JFK di New York pada pukul 3.45 petang waktu tempatan. - CARI
|
ADVERTISEMENT