CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas! Cikgu Prasekolah Pegang Banyak Rahsia Ibu Bapa Murid

12-6-2023 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2886| Komen: 51

Beberapa cikgu prasekolah mendakwa mereka bukan sahaja bertanggungjawab mendidik anak murid, tetapi perlu juga menyimpan rahsia rumah tangga yang diceritakan oleh anak murid mereka sendiri.

“Jangan main-main dengan cikgu prasekolah. Banyak rahsia rumah tangga kami simpan.


Gambar hiasan

“Jangan risau, cikgu simpan baik-baik,” menurut perkongsian salah seorang guru prasekolah.

Terdapat cikgu prasekolah yang berkongsi pengalaman anak muridnya bercerita ibu bapanya bergaduh sehingga ibunya mahu lari daripada rumah.

“Setuju sangat, anak murid cerita ‘cikgu semalam mama dan papa gaduh lepas itu mama cakap nak balik kampung kemas beg semua’,” kata Ain.

“Bekas cikgu tadika hadir. Saat kita terdengar tu, terkedu, terkebil, terkaku sekejap. Lepas tu masa ‘parent’ ambil anak auto terbayang cerita yang pagi tadi tu,” ujar incessikin.

Sementera itu, ibu bapa juga tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman rahsia rumah tangga mereka dibocorkan anak-anak kepada guru di prasekolah.

“Masa anak aku tadika, boleh pulak pergi cerita dekat cikgu yang aku buasir. Siap cikgu WhatsApp semoga puan cepat sembuh,” ujar Aqilah Hambali Sumay.

“Kereta saya kena saman parking dengan MBSA, satu sekolah tahu,” kata Mdm Jai. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 12-6-2023 02:02 PM
dah share dah tak rahsia la
Quote salimrock 12-6-2023 02:02 PM
semoga cikgu sekolah juga di berikan latihan bagaimana untuk melindungi data peribadi anak murid...
Quote tungkai 12-6-2023 02:10 PM
Sama gak cam cikgu kaunseling. Konon2 nak luahkan perasaan & problem. Hujung2 satu sekolah tau. Bangsat...!!!
Quote tukul 12-6-2023 02:25 PM
Rendahnya mentaliti cikgu2 ni...semua nak cerita eh...bodo
Quote zehra2 12-6-2023 02:31 PM
parents laa kena didik.anak jaga mulut.. apasal nk salahkan cgu pulak..
ntah2 kawan dlm kelas lg byk rahsia yg depa share..
Quote chikumanis 12-6-2023 02:34 PM
teringat anak balik dari tadika cerita, kawan dia bagitahu (sambil bisik ke dia), pagi tadi nampak babah dengan mama tak pakai baju

anak me pun tanya, bila ibu n  ayah tak pakai baju? kuangasam
Quote Skuau 12-6-2023 02:42 PM
ada ke.....ribut xde,petir xde....TIBER jer budak umuq 5,6 taun tu citer pasai mak bapa dia buat apa.....ke...cikgu bawang yg manipulasi???
Quote ifanonline 12-6-2023 02:44 PM
tungkai replied at 12-6-2023 02:10 PM
Sama gak cam cikgu kaunseling. Konon2 nak luahkan perasaan & problem. Hujung2 satu sekolah tau. Bang ...

manusia mana bleh pegang pd rahsia...kaunselor lah jawatan yg paling sampah sekali
Quote aHoi83 12-6-2023 02:59 PM
Laaaa cikgu pun mcm tak penah bergaduh laki bini merajuk2. Kesah plak kau dgn cerita budak2.
Quote chikumanis 12-6-2023 03:00 PM
Skuau replied at 12-6-2023 02:42 PM
ada ke.....ribut xde,petir xde....TIBER jer budak umuq 5,6 taun tu citer pasai mak bapa dia buat apa ...

buat apa tu, wallahuálam..tapi itu dari pandangan mata budak..
Quote chikumanis 12-6-2023 03:03 PM
tungkai replied at 12-6-2023 02:10 PM
Sama gak cam cikgu kaunseling. Konon2 nak luahkan perasaan & problem. Hujung2 satu sekolah tau. Bang ...

haaaa..yg ni memang wujud dari dulu lagi. kena plak, kita anti dengan cikgu subjek tu. masa dia masuk je, dah kena perli..lepas tu, bila nama kena panggil untuk sesi seterusnya, diam tak berkata apa. pergi pun sekadar memenuhi undangan dari loud speaker sekolah
Quote seri_mawr 12-6-2023 03:22 PM
anak tadika mmg derang peringkat suka bercerita apa yang jadi and mereka nmpk....
susah nak larang depa dr jangan bercerita...

zaman anak2 aku tadika...dulu hatta time aku period pun cikgunya tahu...adoii la....
sbb derang cerita mlm tadi tak mengaji iqra tcr...mommy period x boleh solat n mengaji...huhuhu...

kereta mommy air cond rosak...panas kita masa balik sekolah semlm.. n mcm2 lagi cerita...pengsannn......
Quote otai_g 12-6-2023 03:25 PM
tungkai replied at 12-6-2023 02:10 PM
Sama gak cam cikgu kaunseling. Konon2 nak luahkan perasaan & problem. Hujung2 satu sekolah tau. Bang ...

Yg ko percaya cikgu kaunseling tu sp srh? Da nama pun manusia, bkn tembok. Da la cikgu kaunseling tu bkn dpt gaji lbh pun jd kaunselor. Tmbh kerja hakiki lg ada
Quote ladybugz 12-6-2023 03:48 PM
i am very sure my anak pun dah bocor mcm2 kat cikgu dia. it could be facts n pure imagination ye cikgu cikgi semua. tak semua details yg diceritakan tu betul. my doter tu lagilah suka curi2 tgk drama2 kat tv sometimes bila i terleka buat menda lain. terus di apply jalan cerita tu kat kami or tanya mcm2 soalan. so, cikgu cikgi jgnla ghairah sgt nk pi sebar2 kot2 jatuh fitnah ye.
Quote plywood 12-6-2023 04:13 PM
rahsia keluarga anak murid spt ini tak perlulah menyibuk.kecuali melibatkan jenaya. hidup sendiri sebagai individu, sebagai guru pun ada jer kelemahan boleh jer orang membawang semaunya ..

...tetapi sebagai guru, guru kena bersikap profesional, didik dan jaga anak spt tugas yang diberi dah cukup, nanti melebih-lebih sedap mulut membawang boleh tergadai nama baik diri sendiri dan profesion guru, bila viral kena menjawab pulak dengan pihak atasan lepas tu mulailah buat corner...
Quote tungkai 12-6-2023 04:15 PM
otai_g replied at 12-6-2023 03:25 PM
Yg ko percaya cikgu kaunseling tu sp srh? Da nama pun manusia, bkn tembok. Da la cikgu kaunseling  ...

Well..it is easier to say now. What do you expect utk budak sekolah yg berumur 14 tahun & naive time tu. Kena pulak dari sekolah rendah dah kena brainwash "menghormati guru"
Quote azimodin 12-6-2023 04:38 PM
Kerja mana2 pon mesti ada rahsia.. rahsia yg tutup, rahsia yg open secret. Aku pesan banyak kali jugak dengan anak, hal kat rumah jangan cerita kat orang. Tapi ada sekali tu cikgu tanya jugak "anak puan ada mak lain ke? Seba  dia cakap hari sabtu dia nak jumpa mak dia kat xxx". Padahal dia panggil akak aku tu mak jugak. Mesti cikgu ingat aku ada madu or anak aku tu anak angkat.
Quote mimi_ayu 12-6-2023 04:50 PM
Mmg ada bdk2 yg suka bercerita kt org lain
Iols pernah je ada ank jiran ttba dtg rmh bgtau ibu ngan abah gaduh...agaknya bdk tu rimas le risau ke trus kluar rmh dtg rmh iols
Utk cikgu, harap2 amanah la ya..ank murid bercerita smpn sndr je..jgn plak dok gosip ngan org lain
Quote sukacactus 12-6-2023 04:57 PM
Ank2 aku dl selalu ckp cikgu tya mcm2 pasal mak bapak
Sapa dok depan sapa dok blkg dlm kete pun jd isu
Dah ank2 aku jenis tertib xbuat perangai monyet, diorang dok la 2 beradik kat seat blkg
Aku dok la dpn sblh laki aku
Itu pun nak pelik ke? Huh!

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053293 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top