Seorang lelaki yang terkunci di dalam tandas sebuah rumah di Setia Alam awal pagi tadi, dilaporkan meninggal dunia. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan seorang lelaki terkunci dalam tandas jam 3.04 pagi.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik kemudiannya dikerah ke lokasi dan mendapati mangsa yang juga lelaki berusia 55 tahun terkunci di dalam tandas serta dipercayai pengsan. "Apabila pintu tandas berjaya dibuka, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas lantai sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya. Mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 12-6-2023 04:52 PM
rumah sapa
mcmn blh terkunci
sape yg jumpa dan repot
ADVERTISEMENT